Langgan newsletter kami!
Gambar Cover Elizabeth Tan

Biodata Elizabeth Tan, Selebriti Popular Berbangsa Cina

Elizabeth Tan, suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Gadis cantik berketurunan Cina ini memiliki rupa paras cantik dan suara yang unik memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single berjudul “Knock Knock” pada tahun 2014.

Beliau yang sebelum itu banyak menyanyikan cover lagu di Youtube dengan berbekalkan alat muzik ukulele mencuri perhatian dan seterusnya dilamar menjadi artis Faithful Music milik Faizal Tahir. Terbaharu, beliau tampil dengan single berjudul Police Entry yang dilancarkan pada Jun 2018.

Selain itu, Elizabeth Tan juga telah mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa siri filem, telefilem dan drama tempatan.

Biodata Elizabeth Tan

  • Nama Penuh: Elizabeth Tan Su Mei (伊丽莎白·谭)
  • Nama Komersial: Elizabeth Tan
  • Nama Panggilan: Lizzy
  • Tarikh Lahir: 18 November 1993
  • Umur: 25 Tahun (2018)
  • Tempat Lahir: Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Bangsa: Cina
  • Agama: Kristian
  • Warganegara: Malaysia
  • Keluarga: Anak bongsu dari 3 adik-beradik
  • Kemahiran: Bermain ukelele
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Model
  • Pendidikan:
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor
    – Pernah belajar di Dallas, Texas, Amerika Syarikat selama 2 tahun
  • Binatang kesukaan: Kucing
  • Artis Kesukaan: John Mayer, Michael Buble, Bon Iver, Ray LaMontagne, Jose Rodriguez, Ben Howard, Norah Jones, Zee Avi, Yuna
  • Lagu/Single: Knock Knock, Setia (Feat Faizal Tahir), Tabah, Police Entry
  • Drama: My Darling, Inspektor Daniel, Misteri Jenazah: Badi Zalia, Gerak Khas: Jerat Kekasih
  • Telefilem: The Berlian Job, Baby Bro
  • Filem: Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium, Busker, Transformers: Age of Extinction (Alih suara versi Bahasa Melayu)
  • Rancangan TV: Just Duet, Festival Filem Malaysia ke-29 (Pengacara)
  • Pencapaian: Artis Baru Terbaik (Anugerah Planet Muzik ke-14), Artis Wanita Terbaik (Anugerah Met10), Top 10 Karaoke Melayu Popular (Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night 2016, 2017), Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi (Anugerah Industri Muzik ke-22)
  • Instagram: @elizabethtsm
  • Twitter: @elizabethtsm
  • Facebook: https://www.facebook.com/elizabethtsmfan
  • Youtube: https://www.youtube.com/elizabethtsm
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Elizabeth_Tan

Perkara Menarik Tentang Elizabeth Tan

  • Abang sulungnya iaitu Andrew Tan ialah bekas peserta Malaysian Idol musim pertama.
  • Antara kelebihannya adalah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih yang membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya.
  • Mempunyai sikap yang memendam perasaan sejak dari kecil lagi,
  • Pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda Melayu sekitar tahun 2017 dan dikhabarkan telah mengalami kemurungan sejak putus cinta.
  • Kini sedang mendalami pelbagai agama termasuk Islam dan pernah menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan 2018.

Elizabeth Tan Dan Zizan Razak

Elizabeth Tan Gadis Cina Comel

Elizabeth Tan Police Entry

Gambar Cover Elizabeth Tan

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: