Langgan newsletter kami!
Biodata Harissa Adlynn Halim

Biodata Harissa Adlynn Halim

Siapa Harissa Adlynn? Gadis remaja ini bakal menghiasi kaca TV anda menerusi sebuah drama bersiri berjudul “Bawah Blok” yang disiarkan melalui Slot Lestary TV3. Drama tempatan ini bersiaran mulai 5 Januari 2023, jam 9.00 malam setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Menceritakan kisahnya, Harissa Adlynn memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi namun rezekinya kini lebih berpihak pada bidang lakonan yang diceburinya secara tidak sengaja.

“Saya sebenarnya tak pernah terfikir akan masuk dalam dunia lakonan dan berlakon. Saya selalu terfikir yang saya akan buat nyanyian, tulis lagu, main lagu dan produce lagu sebab muzik adalah minat saya. Tapi bila dah termasuk dalam dunia lakonan ini semua. Saya jadi macam suka the work.”

“Saya tidak akan berhenti muzik memandangkan itu adalah minat saya. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus dekat acting dulu so along the way bila ada rezeki saya untuk buat muzik dan penonton dah mula start kenal saya. Saya akan selit dan masukkan muzik saya into my carrier also.”

Biodata Harissa Adlynn Halim

  • Nama Sebenar: Harissa Adlynn Binti Halim
  • Nama Pentas: Harissa Adlynn
  • Umur: 20 tahun (2023)
  • Jantina: Perempuan
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Komposer
  • Lagu: Aku Sayang Kamu, You Jer La (bersama Zaq)
  • Drama: The Besties, Bawah Blok, Ash dan Aish, Jangan Malu Menangis, Bukan Lelaki Terhebat dan Julia’s Secret Recipe
  • Filem: The Lord Musang King
  • Instagram (IG): @harissaadlynnhalim

Fakta Menarik Tentang Harissa Adlynn

  • Mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak berusia sembilan tahun lagi.
  • Minat menulis lagu ciptaan sendiri sejak di bangku sekolah.
  • Selain menyanyi, juga kebolehan bermain alat muzik gitar dan keyboard.
  • Kerap mewakili Malaysia di luar negara bagi persembahan tarian tradisional dan moden.
  • Pernah menjadi pelajar cemerlang iaitu kelompok lima pelajar terbaik di sekolah menengah.
  • Mula menyertai dunia seni sejak bertemu dengan Anas Amdan (abang kepada Aizat Amdan) di sebuah festival muzik.
  • Menyimpan angan-angan untuk menjadi komposer, penerbit dan jurutera muzik.
  • Lagu pertamanya, Aku Sayang Kamu mendapat sentuhan penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan dan Mel Ramlan serta diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music.
  • Lagu tersebut juga digunakan dalam filem Wanita Terindah sebagai lagu selingan dan OST, serta menjadi lagu tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin.
  • Merupakan salah seorang peserta musim pertama pertandingan nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) pada minggu kelapan yang ditayangkan melalui Astro pada 2021 dan berjaya mencuri perhatian juri menerusi lagu dendangan penyanyi legenda, Zaiton Sameon berjudul Menaruh Harapan.
  • Akan muncul dalam drama Besties yang akan ditayangkan tahun 2023.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: