Langgan newsletter kami!
Eira Tajudin Dan Eika Tajudin

Biodata Instafamous Kembar – Iera Tajudin & Ieka Tajudin

Siapa tak kenal gadis comel bernama Iera Tajudin dan Ieka Tajudin ini. Gadis kembar ini pernah mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat netizen suatu masa dahulu berkaitan keputusan peperiksaan mereka sehingga digelar ‘Gadis Kembar 7G’. Walaubagaimana perkara tersebut selesai selepas mereka tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagram milik merekanya.

Tidak dinafikan, iera dan ieka ini memang popular di media sosial sehinggakan followers mereka di Instagram melebihi 400k setiap orang. Dengan jumlah pengikut yang ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak beberapa tahun yang lepas.

Paid reviews merupakan salah satu bentuk medium pengiklanan yang popular pada masa kini yang mana sesuatu produk akan di’review’ oleh personaliti media sosial yang popular dan mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, semakin ramai individu di media sosial muncul menawarkan khidmat memberi review atau ulasan mengenai sesuatu produk sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai.

Dikhabarkan pasangan kembar ini pernah meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan! Wow, kalah orang yang dah bekerja bertahun-tahun.

Biodata Iera Tajudin

  • Nama Penuh: Siti Norsyakirah Tajudin
  • Nama Panggilan: Iera /Eira
  • Tarikh Lahir: 24 Ogos 2001
  • Umur: 18 Tahun (2019)
  • Pendidikan: SMK Setia Alam dan ‘homeschooling’
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibu: Fauziah Ismail
  • Instagram: @iera.tajudin
  • Pencapaian: Menjadi model untuk jenama Bananadins and Kritikal Co.

Biodata Ieka Tajudin

  • Nama Penuh: Siti Norsyafiqah Tajudin
  • Nama Panggilan: Ieka / Eika
  • Tarikh Lahir: 24 Ogos 2001
  • Umur: 18 Tahun (2019)
  • Pendidikan: SMK Setia Alam dan ‘homeschooling’
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibu: Fauziah Ismail
  • Instagram: @ieka.tajudin

Eira Tajudin Dan Eika Tajudin

Gambar Eira Tajudin Dan Eika Tajudin Bersama Mama Tersayang

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: