Langgan newsletter kami!
Fucuk Masak Lemak

Fucuk dan Cara Memasaknya

Apa Itu Fucuk?

Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur. Di samping itu, ia juga boleh dimasak lemak, ditumis air atau dijadikan pelbagai resipi lain yang menyelerakan dalam masakan Melayu.

Proses pembuatan sayur pucuk memerlukan banyak kesabaran kerana ia mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk di­siapkan bermula daripada proses merendam kacang soya sehingga diangkat dan dijemur.

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai isu berkenaan fucuk terutamanya melibatkan kebersihan. Sehingga kini, agak sukar untuk mendapatkan sayur pucuk yang diusahakan oleh golongan bumiputera.

Cara Pembuatan Fucuk

Proses pembuatan sayur fucuk bermula dengan kacang soya direndam semalaman. Ia kemudian dimasukkan ke dalam mesin se­hingga hancur dan kemudian d­i­perah untuk mendapatkan patinya.

Pati itu kemudian dimasak di atas dapur yang menggunakan kayu api sehingga mendidih sebelum muncul lapisan yang dipanggil ‘kepala’ iaitu lapisan kuning soya. Ia seterusnya diangkat dan disidai secara berhati-hati pada kayu panjang.

‘Kepala’ ini akan muncul setiap 12 hingga 15 minit sehingga rebusan soya itu kering sepenuhnya.

Proses Pembuatan Fucuk Sayur Fucuk

Cara Memasak Sayur Fucuk

Cara memasak fucuk amat mudah. Pertama sekali ambil fucuk kering dan carik secara kecil-kecil. Kebanyakan sayur fucuk dijual dalam pek plastik bersaiz besar dan mempunyai tekstur keras (namun mudah dipatah-patahkan).

Seterusnya, rendam sayur fucuk tersebut ke dalam air dan biarkan sebentar hingga kembang dan lembut. Kebiasaannya sayur fucuk direndam dan dimasak bersama suun. Kemudian masaklah seperti biasa mengikut citarasa anda seperti masak sayur air, masak lemak dan sebagainya. Fucuk juga boleh dimasak goreng.

Untuk resepi penuh fucuk, akan saya kupas dalam artikel yang akan datang.

Fucuk Masak Lemak Resipi Fucuk

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: