Langgan newsletter kami!
Gambar Jasper Supayah

Biodata Jasper Supayah, Selebriti Kacukan Chindian

Siapakah Jasper Supayah? Gadis cantik ini adalah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia. Beliau yang mempunyai darah kacukan Cina-India (Chindian) ini berasal dari Johor Bahru.

Kerjaya seni beliau bermula melalui penyertaan dalam program realiti popular Akademi Fantasia 2016 (AF2016) bersama-sama Ara Johari, Amir Masdi, Amal (anggota terbaharu kumpulan OAG) dan pelakon Isa Khan. Terbaharu, beliau bakal muncul sebagai pelakon dalam drama Sara Sajeeda yang kini hangat ditayangkan melalui Slot Samarinda TV3.

“Bukan mudah hendak menempatkan diri.. Apatah lagi saya artis bukan Melayu dalam pasaran yang dikuasai artis Melayu. Saya bermula di pentas nyanyian Akademi Fantasia (AF) 2016, tapi rezeki berlakon pula menjelma”

Biodata Jasper Supayah

  • Nama Penuh: Jasper James Supayah
  • Nama Komersial: Jasper Supayah
  • Nama Lain: Princess J
  • Tarikh Lahir: 16 April 1993
  • Umur: 26 tahun (2019)
  • Asal, Johor Bahru, Johor
  • Kediaman: Kuala Lumpur
  • Adik-beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model dan Pengacara
  • Agama: –
  • Warganegara: Malaysia
  • Program TV: Akademi Fantasia (2016)
  • Drama: Semusim Rindu, Orang London Balik KL, Sejuta Rasa Buat Adelia, Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cinta Non Grata, Puteri Yang Ditukar, Ombak Rindu The Series, Sara Sajeeda
  • Telefilem: Akhir Nanti, Oh! My English Reunion, Cruise Cinta Lebaran, Kipas Belum Mati, Cinta Praktikal
  • Filem: Polis EVO 2, Busut Bonang, M4M4, J Retribusi
  • Lagu / Single: Empati, Rindu Kamu (Duet bersama Oney May)
  • Instagram: @jaspersupayah

Perkara Menarik Tentang Jasper Supayah

  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016 melalui penglibatan dalam Akademi Fantasia 2016.
  • Penyertaan dalam AF 2016 hanya bertahan setakat konsert minggu keempat sahaja.
  • Membuat penampilan pertama dalam filem menerusi Polis EVO 2.
  • Menjadikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idola dalam bidang nyanyian.

Foto Artis Jasper SupayahGambar Jasper Supayah

Jasper Supayah Gadis Kacukan India Cina

Jasper Supayah Model Jam TanganJasper Supayah Penyanyi BBNU Cantik

Jasper Supayah Photoshoot

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Hmetro
  3. BHarian
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: