Langgan newsletter kami!
Foto Kaka Azraff

Biodata Kaka Azraff, Semakin Mekar Mewangi

Memulakan karier lima tahun yang lepas, Kaka Azraff semakin panas dan mekar mewangi dikalangan peminat hiburan tanah air. Perjalanan figura berbakat besar itu sebaik menguak pintu industri nyanyian tempatan menerusi lagu duetnya bersama pelawak hebat tanah air, Zizan Razak iaitu Bawaku Pergi. Selain menyanyi, gadis berbintang Taurus itu turut mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Terkini, beliau menyertai program terbaharu terbitan Astro, Duo Star berpasangan dengan Awi Rafael yang bakal bersiaran 25 Disember 2016 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Jom kita berkenalan dengan Kaka Azraff.

 

Biodata Kaka Azraff

  • Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
  • Nama Pentas: Kaka Azraf
  • Tarikh Lahir: 20 Mei 1989
  • Umur: 27 (2016)
  • Asal: Klang, Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa:Melayu
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Pengacara
  • Keluarga: Merupakan anak saudara kepada Ratu Rock Malaysia, Ella
  • Single: Bawaku Pergi, Infiniti Cinta, Terpulanglah, Bukan Hal Aku dan Terima Kasih
  • Drama: Dunia Generasi Baharu, Plan Cinta Tak Jadi
  • Filem: 7 Dimensi Aliff dan Interchange
  • Label Pengurusan: Uprising Entertainment
  • Facebook: https://www.facebook.com/Kaka-Azraff
  • Instagram: https://www.instagram.com/kakaazraff/
  • Twitter: https://twitter.com/kakaazraff

 

Perkara Menarik Tentang Kaka Azraf

  1. Mula menyanyi ketika di usia muda iaitu 8 tahun.
  2. Merupakan seorang yang kelakar, suka buat lawak dan mudah tergelak.
  3. Warna kesukaanya adalah kelabu.
  4. Merupakan BFF kepada pelakon dan pengacara, Juliana Evans.
  5. Pernah menyertai rancangan realiti penuh suspen, Fear Factor Malaysia bersama Johan As’ari.
  6. Pernah mencuba nasib dengan menyertai program One In A Million tapi hanya melepasi peringkat awal saja.
  7. Merupakan Red Ribbon Celebrity Supporter untuk Malaysia Aids Council.
  8. Tercalon dalam kategori Video Muzik terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016, Kolaborasi Artis Terbaik bersama SleeQ pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2015 dan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 menerusi lagu Bukan Hal Aku.
  9. Duta iklan komersil InnerShine untuk kempen InnerShine Pati Prun (12 Days Challenge), Syukur Selalu untuk TV9 dan Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
  10. Mengeluarkan produk wangiannya sendiri iaitu Kreiz By Kaka Azraff yang boleh didapati melalui stokis-stokis di seluruh negara dengan harga RM39 sebotol.

Gaya Kaka Azraff Bercermin Mata Hitam

Foto Kaka Azraff

Perfume Kreiz By Kaka Azraff

Gambar Studio Kaka Azraff

Fesyen Gaya Rambut Kaka Azraff

Gambar Kaka Azraff Dan Tasha Manshahar

Gambar Seksi Kaka Azraff 2

Kaka Azraff Cantik Berambut Panjang

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: