Langgan newsletter kami!
Nelayan Mencari Rezeki Halal

R.E.Z.E.K.I Itu Bukan Hanya Duit

R.E.Z.E.K.I – Suatu perkataan yang akan sentiasa berlegar-legar di benak setiap orang. Bangun pagi sahaja, pasti semua orang akan berfikir untuk ‘mencari R.E.Z.E.K.I’ untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak diri, seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.

Maksud Sebenar Rezeki

Namun, tahukah anda hakikatnya R.E.Z.E.K.I itu bukan hanya bersifat harta benda sahaja. Bahkan, segala bentuk nikmat bersifat maknawi juga dinamakan R.E.Z.E.K.I. Iman adalah rezeki, akhlak yang baik juga adalah rezeki. zuriat yang soleh, solehah juga adalah rezeki bahkan, isteri yang dikasihi dan menjadi teman hidup itu juga adalah rezeki.

Mampu untuk melaksanakan ibadah juga rezeki. Mempunyai masa yang lapang untuk melakukan perkara-perkara berfaedah juga adalah rezeki. lagi, nikmat sihat tanpa perlu bersusah payah berulang alik ke klinik, hospital juga adalah rezeki.

Bersyukur Dengan Rezeki

Bersyukurlah dan usahlah merungut.. sepertimana kata Ibnu Manzur, R.E.Z.E.K.I itu ialah segala apa yang dengannya berlangsungnya kehidupan sama ada bersifat material atau spiritual. Pemberi rezeki itu adalah ALLAH.

Betapa ramai orang hari ini yang berasa risau akan harta dan wang yang semakin berkurang, makan minum yang semakin sukar. Tetapi, mereka tidak bimbang dengan iman yang semakin menipis, akhlak yang semakin runtuh dan ibadah yang semakin longgar.

Renung-renungkan…

Sumber : Kuliah Dr.Khairuddin at-Takiri, Seberang Takir, Terengganu

Print Friendly, PDF & Email

About Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: