Langgan newsletter kami!
Biodata Nesa Idrus (Pelakon)

Biodata Nesa Idrus, Pelakon (Baru) Telefilem Shiba Shiba Doo

Siapakah Nesa Idrus? Gadis cantik ialah seorang Instafamous yang pernah viral suatu ketika dulu susulan satu video live di Instagram yang kemudiannya telah disebar di Twitter. Dalam video tersebut, dikatakan rakan beliau dirasuk ketika sedang mendengar lagu mantera jawa. Walau bagaimanapun video penampakan makhluk halus itu menjadi perdebatan hangat netizen yang mengatakan ianya adalah ‘fake’.

Beralih kepada kerjaya, Nesa Idrus adalah graduan lulusan ASWARA dan aktif berlakon dalam beberapa siri teater sebelum ini. Kini beliau melangkah setapak lagi dan terjun ke dalam bidang lakonan menerusi telefilem berjudul Shiba Shiba Doo yang turut dibintangi oleh beberapa pelakon popular tanahair antaranya Zahiril Adzim dan Syafiq Kyle. Telefilem ini bakal bersiaran pada hujung minggu ini, 21 Disember 2019.

Biodata Nesa Idrus

  • Nama: Nesa Idrus
  • Asal: Ipoh, Perak
  • Tarikh Lahir: –
  • Umur: 21 tahun (2019)
  • Pendidikan: Bekas Pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon
  • Teater: Dusta, Mat Derih Kola Perlih
  • Filem / Drama: Untuk Satu Malam, Shiba Shiba Doo (Astro Citra)
  • Instagram: @nesa.idrus
  • Email: nesaidrus [at] gmail.com
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: