Langgan newsletter kami!
Biodata Hazman Al Idrus

Biodata Hazman Al-Idrus, Artis Dari Terengganu

Siapakah Hazman Al-Idrus? Jejaka kacak ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki kelahiran negeri Terengganu. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam program realiti nyanyian di Indonesia iaitu D’Academy Asia musim pertama pada 2015. Karier lakonannya juga bermula di negara jiran Indonesia apabila menerima tawaran membintangi dua buah telefilem di sana sebagai watak utama.

Setelah balik ke Malaysia, beliau membintangi pula beberapa buah drama tempatan antaranya ialah Kekasih Paksa Rela, Tak Ada Cinta Sepertimu, Cinta Bukan Kristal dan Entiti Mistik Kawan Sebilik. Selain itu, Hazman Al-Idrus juga berlakon dalam siri drama Salam Squad di Astro Ceria dengan memegang watak sebagai Ustaz Qul.

Terbaharu, Hazman bakal muncul dalam drama bersiri tempatan berjudul Arjuna Cinta Keisha yang akan ditayangkan melalui TV Okey (RTM). Drama sebanyak 20 episod ini akan bersiaran setiap hari mulai 29 Disember 2019 hingga 17 Januari 2020. Selain Hazman, antara pelakon lain bagi drama ini ialah Riena Diana DFKL, Tash Yong, Emelda Rosmila, Jasmin Hamid, Sabhi Saddi, Memey Suhaiza, Mustaqim Bahadon, Najua P.Ramlee, Epit Yusoff, Badrul Muhayat, Emma Akma dan Azhar Sulaiman. Drama ini diarahkan oleh Mior Hashim Manap dan diterbitkan oleh Bright Network Sdn Bhd.

Biodata Hazman Al-Idrus

  • Nama Penuh: Syed Muhammad Hazman bin Syed Yusof Al-Idrus
  • Tarikh Lahir: 15 Ogos 1988
  • Umur: 31 tahun (2019)
  • Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
  • Pendidikan: Diploma Teknologi Elektronik Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Jantina: Lelaki
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Drama / Rancangan TV:
    – Seharum Kasih – RTM (Supporting) (2017)
    – Orang London Balik Kampung – RTM (Supporting) (2017)
    – Kekasih Paksa Rela – Slot Akasia TV3 (Supporting) (2017)
    – Tak Ada Cinta Sepertimu – Slot Megadrama Astro Ria (Supporting) (2018)
    – Cinta Bukan Kristal – Slot Akasia TV3 (Supporting) (2018)
    – Entiti Mistik – Slot Meremang Astro Prima (Supporting) (2018)
    – Arjuna Cinta Keisha – RTM (Lead) (2018)
    – Hijrah Cinta – RTM (Supporting) (2019)
    – Kerana – RTM (Supporting) (2019)
    – Salam Squad – Astro Ceria (Lead) (2019)
    – Arjuna Cinta Keisha – TV Okey RTM (Lead) (2019-2020)
  • Telefilem:
    – Aku Hanya Butuh Maaf Anakku – Telemovie Indonesia/Indosiar (Lead) (2016)
    – Jodoh Ditangan Ilahi – Telemovie Indonesia/Indosiar (Lead) (2016)
  • Instagram: @hazman_alidrus

Gambar Solo Hazman Al Idrus

Hazman Al Idrus

Pelakon Malaysia Kacak

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: