Langgan newsletter kami!
Radin Radio Era

Biodata Radin, Penyampai Radio Popular Era.FM

Tuah menjuarai program Penyampai Top Malaysia (PTM) 2014, membuka lembaran baru buat jejaka bernama Randi Amir Affendy dalam dunia penyiaran radio dan televisyen.

Memasuki tahun ketiganya di Era.FM, namanya kini sebaris dengan penyampai-penyampai radio popular tanah air seperti Johan Raja Lawak, Haniff, Ray dan Dina Nadzir. Bukan itu saja, wajahnya sering kali muncul di layar kaca dengan mengendalikan beberapa program terbitan Astro.

Berikut, penulis kongsikan tentang biodata dan trivia menarik mengenai jejaka berbintang Pisces ini.

Biodata Radin Era.FM

  • Nama Penuh: Radin Amir Effendi
  • Nama Komersil: Radin Era FM
  • Tarikh Lahir: 15 Mac 1990
  • Umur: 27 Tahun (2017)
  • Asal: Ipoh, Perak
  • Status: Bujang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Penyampai Radio dan Pengacara TV
  • Kelab Peminat: Official Radin Rangers
  • Radio: Prebiu ERA dan Super 40 ERA
  • Televisyen: A.M Live, Kapsul Akademi Fantasia (AF) 2016, Klip Maharaja Lawak Mega 2014, One Silat Championship dan banyak lagi
  • Facebook: www.facebook.com/RadinAmirAffendy
  • Twitter: twitter.com/radin_era
  • Instagram: instagram.com/radin_era

Trivia Menarik Radin Era.FM

  • Hangat digosipkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi popular tempatan, Ayda Jebat.
  • Membuat kemunculan istimewa di video muzik Ayda Jebat iaitu Pencuri Hati versi Dangdut.
  • Merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di Universiti Teknologi Mara 9UiTM), Perak.
  • Sebelum bergelar juara program Penyampai Top Malaysia 2014, Radin pernah menyertai program Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin (ASK) 2012.
  • Pernah menjadi pengacara di Sinar.TV
  • Wanita yang bekerjaya, pandai berdikari, sedap mata memandang dan menerima dirinya seadanya merupakan ciri-ciri wanita idaman Radin.
  • Mempunyai lebih 180,000 pengikut di Instagram dan hampir 12,000 pengikut di Facebook miliknya.
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: