Langgan newsletter kami!
Coconut Oil

Kegunaan Minyak Kelapa Untuk Kecantikan

Anda tentu pernah mendengar tentang khasiat minyak kelapa (coconut oil) dalam pemakanan seharian, namun tahukah anda minyak kelapa juga mempunyai kebaikan dalam bidang kecantikan? Apa yang anda perlu tahu adalah bagaimana cara untuk menggunakann minyak kelapa dalam rutin kecantikan harian selain sebagai minyak rambut yang diamalkan oleh kaum India.

Anda juga perlu tahu bahawa minyak kelapa ini lebih sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai jenis kulit yang kering. Jadi, mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, elakkanlah menggunakan minyak kelapa pada kulit ya?

Kebaikan Minyak Kelapa Untuk Kecantikan

Pelembap bibir
Gunakan terus minyak kelapa pada bibir anda atau gunakan ia bersama gincu anda untuk melembapkan bibir untuk mengelakkannya menjadi kering. Tetapi sebelum itu, buang dulu sel kulit mati pada bibir anda.

Skrub
Untuk membuang sel kulit mati pada bibir dan kulit wajah serta badan, campurkan minyak kelapa dengan gula dan gosok lembut sehingga campuran mencair. Bibir dan kulit anda akan menjadi licin dan lembap.

Penanggal solekan
Minyak kelapa sangat berkesan menanggalkan solekan sama ada ringan mahupun tebal. Gosokkan lembut terus pada permukaan wajah anda tanpa menekannya ke dalam kulit, kemudian ambil kapas dan sapukan ke wajah untuk menarik kotoran. Cara ini lebih baik daripada anda menggunakan penanggal solekan biasa yang mengeringkan kulit, punca kedutan.

Krim malam
Gunakan minyak kelapa sebagai krim malam jika anda mempunyai kulit yang kering atau tidur di dalam bilik yang berhawa dingin. Anda akan bangun tidur dengan kulit yang lembut seperti baldu. Tanya dulu pada pasangan jika dia okay dengan bau minyak kelapa anda.

Rawatan kulit terbakar
Jika anda terkena selaran matahari semasa melakukan aktiviti di luar, jangan tunggu lama untuk merawat kulit anda yang terbakar. Sapukan minyak kelapa untuk melegakan kulit anda dan mengembalikan lembapan.

Hilangkan kegatalan kulit
Gigitan nyamuk atau mana-mana serangga lain memang rasa sangat gatal pada kulit. Sapukan minyak kelapa bersama minyak essential kegemaran anda pada bekas gigitan tersebut. Ulang sehingga ia tidak gatal lagi.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: