Biodata Sarah Viloid

Biodata Sarah Viloid, Gamer Profesional Cantik Dari Indonesia

Jarang sekali kita dapati, gadis remaja perempuan menjadikan permainan game atau e-sports sebagai kerjaya sepenuh masa. Tetapi inilah yang terjadi pada Sarah Viloid, gadis cantik yang sangat meminati permainan komputer secara online. Beliau mula mencipta nama sebagai salah seorang pakar dalam game Dota 2 (Defense of the Ancients 2) melalui pasukan yang dinamakan Revival Ladies. Antara hero kegemarannya adalah Queens Of Pain (QOP).

Selain itu, gadis ini juga pakar dalam game yang lain seperti Arena Of Valor (AoV) dan Mobile Legends yang mempunyai cara permainan yang hampir sama. Warga maya telah menobatkan beliau sebagai antara 20 gamer paling cantik dan popular di Indonesia.

Selain bermain game, Sarah juga sangat aktif di media sosial. Ini dapat dilihat daripada bilangan followers di Instagram beliau yang kini mencecah seramai 2.8 juta pengikut. Beliau juga aktif di Youtube dengan subscriber mencecah 2.28 juta. Hampir semua kandungan video yang dihasilkannya adalah berasaskan permainan game. Hebat bukan? Siapa sangka dengan hanya bermain game boleh menjadikan sebagai sumber pendapatan tetap yang sangat lumayan.

Biodata Sarah Viloid

  • Nama Penuh: Sarah Olivia Santoso
  • Nick Name: Sarah “viloid” Olivia, Sarah Viloid, Sapiloid
  • Tarikh Lahir: 16 September 2000
  • Umur: 20 tahun (2020)
  • Tempat Tinggal: Jakarta, Indonesia
  • Agama: Kristian
  • Warganegara: Indonesia
  • Karier: Gamer, Cosplayer, Dancer, Youtuber, Instafamous
  • Game: Dota 2, Arena Of Valor (AoV), Mobile Legends (ML)
  • Instagram: @sarahvilo.id
  • Youtube: @SarahViloid
  • Facebook: @vilooo.id
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: