Drama Korban Kasih (TV1 RTM)

Drama Korban Kasih (TV1 RTM)

Korban Kasih adalah sebuah drama bersiri yang berkisahkan air mata, pengorbanan, cinta dan keluarga. Ia adalah drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin dan bakal disiarkan melalui slot Ramadan tahun ini di TV1 RTM. Drama 30 episod ini dibintangi oleh nama-nama besar tanahair seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Nadiyah Shahab, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Hasnul Rahmat, Riz Amin dan ramai lagi.

Info Drama

  • Episod: 30 episod
  • Tarikh Tayangan: Ramadhan 2020
  • Waktu Siaran: Setiap hari, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Penulis Novel: Fatimah Saidin
  • Penulis Skrip: Farhana Fauri
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya / Pali Yahya
  • Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Nadiyah Shahab, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Hasnul Rahmat, Riz Amin, Sheila Mambo, Anne Abdullah, Zull Edward, Meor Mohd, Naim Shamshol, Haziq Fadhullah

Watak Pelakon

  • Saharul Ridzwan sebagai Jalil
  • Azrel Ismail sebagai Jamil
  • Zara Zya sebagai Fatimah
  • Ummi Nazeera sebagai Aisha
  • Dynas Mokhtar sebagai Norizah
  • Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
  • Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
  • Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
  • Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
  • Nadiyah Shahab sebagai Fika
  • Elnisa Ryun sebagai Farah
  • Riz Amin sebagai Fuad
  • Meor Mohd sebagai Hassan

Sinopsis Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh.

Semua pergolakan ini dilihat secara positif sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: