Langgan newsletter kami!
Biodata Shasha Abedul

Biodata Shasha Abedul, Pelakon Drama Chandelier

Biodata Shasha Abedul | Siapakah Shasha Abedul? Gadis cantik ini merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Namanya mula dikenali sejak membuat penampilan dalam drama Isteri Bukan Untuk Disewa. Seterusnya beliau muncul pula dalam drama bersiri Sara Sajeeda dan Satukan Rasa.

“Saya bermula dengan terbabit dalam program On Air. Di situ saya belajar banyak perkara termasuk lakonan. Sejak itu juga, saya beranikan diri pergi uji bakat drama. Walaupun banyak kali ditolak, saya tak putus asa dan teruskan mencuba. Sehinggalah saya diberi peluang oleh Osman Ali dalam Isteri Bukan Untuk Disewa. Selepas itu, saya terus diberi peluang melakonkan watak pembantu dalam produksi Zeel Production. Dari situ, saya terus berlakon sampai sekarang”

Kini, Shasha bakal membuat kemunculan dalam drama terbaharu berjudul Chandelier bersama-sama pelakon utama iaitu Ben Amir dan Mimi Lana. Drama arahan Michael Ang ini akan ditayangkan pada Februari 2020 nanti di Astro Ria dan Ria HD. Jom kita lihat biografi ringkas artis ini.

Biodata Shasha Abedul

  • Nama Komersial: Shasha Abedul
  • Asal: –
  • Umur: 23 tahun (2020)
  • Status: Bujang
  • Jantina: Perempuan
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: –
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Isteri Bukan Untuk Disewa, Voice Note, Sara Sajeeda, Satukan Rasa, Chandelier
  • Instagram: @shashaabedul
  • Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCjOx6M8Tl2jjnpk70R3qWtA
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: