Pemilik Suara Boboiboy

Biodata Thiah, Pemilik Suara Boboiboy

Siri animasi Boboiboy bukanlah sesuatu yang asing di kalangan penggemar kartun di Malaysia. Siri animasi ini bukan sahaja ditonton oleh kanak-kanak tetapi juga remaja dan orang dewasa. Namun tahukah anda siapakah pemilik suara superhero Malaysia ini?

Nur Fathiah Diaz atau lebih mesra dipanggil Thiah adalah pelakon suara sejak berusia tujuh tahun lagi. Sebenarnya beliau sendiri tidak menyangka yang beliau akan mampu bertahan sehingga umur sekarang. Untuk rekod, adik beliau, Muhammad Fathi Diaz turut menjadi pelakon suara bagi watak Ochobot.

Selain menjadi pemilik suara Boboiboy, Thiah juga pernah menjadi pemilik suara untuk siri animasi yang tidak kurang hebatnya iaitu Upin & Ipin selama tiga musim pertama dan juga filem Upin & Ipin Geng: Pengembaraan Bermula. Namun pada musin ke-4 Upin & Ipin, suara watak animasi ini digantikan oleh Asyiela Putri.

“Saya meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur 7 hingga 10 tahun. Selepas itu, saya meminjamkan suara untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang.”

Pemilik Suara Boboiboy

Biodata Pemilik Suara Boboiboy

  • Nama Penuh: Nur Fathiah Diaz
  • Nama Panggilan: Thiah / Tiah
  • Nama Lain: Teha
  • Tarikh Lahir: 20 Oktober 1999
  • Umur: 19 tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pekerjaan: Pelakon suara

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: