Home / Makanan / Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis
Ikan Lumek Salai Merah Pedas

Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis

Pernahkah anda makan ikan lumek kering yang berwarna merah dan rasanya pedas-pedas manis tu? Untuk yang belum cuba, rasanya seakan-akan sotong merah bergula yang banyak dijual dipasaran. Cuma bezanya ia menggunakan ikan sebagai bahan utama. Produk ini sebenarnya mula dihasilkan di perkampungan laut Pulau Bruit, Sarikei, Sarawak dan permintaannya semakin bertambah saban hari.

Untuk yang tidak berkesempatan mencuba, sebenarnya anda boleh buat sendiri di rumah. Di sini saya kongsikan Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis untuk anda cuba.

Bahan-bahan Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis

  • Ikan lumek yang telah disalai
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kering
  • Gula
  • Pewarna merah

Cara Membuat Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis

  1. Buang bahagian kepala ikan lumek yang telah disalai terlebih dahulu.
  2. Buang tulang tengah ikan lumek salai.
  3. Gunting isi ikan lumek salai mengikut ukuran 2 inci setiap satu.
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  5. Tumis semua bahan yang telah siap ditumbuk di atas.
  6. Campur ikan salai, gula dan pewarna merah pada bahan yang telah ditumis.
  7. Setelah selesai, jemur ikan salai tersebut di bawah cahaya matahari terik sehingga betul-betul kering.
  8. Ikan lumek kering merah pedas-pedas manis siap untuk diratah!

 

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: