Langgan newsletter kami!
Wani Kayrie Jangan Jangan

Biodata Wani Kayrie, Penyanyi Lagu Jangan Jangan

Semenjak meletup dengan lagu ‘Jangan Jangan’ ciptaan DJ Fuzz, penyanyi Wani Kayrie telah mencuri perhatian kerana ramai yang tidak menyangka beliau sebenarnya masih muda dan bersekolah. Dengan usia yang tersangat muda ramai yang khuatir tentang bagaimana beliau membahagikan masa antara pelajaran dan bidang nyanyian.

Namun begitu foktor ini bukan penghalang untuk Wani Kayrie untuk terus berjaya dalam bidang nyanyian dan menganggap kritikan negatif segelintir masyarakat yang mengatakannya belum sesuai untuk menjadi penyanyi pada usia 17 tahun tidak melemahkan semangatnya.

“Sejak usia enam tahun, ibu sudah membawa saya menyertai pertandingan nyanyian. Jadi, saya sudah terbiasa sibuk dengan aktiviti nyanyian. Jika diikutkan saya sudah penat menyertai pertandingan nyanyian, namun banyak pengalaman baharu yang saya peroleh.”

“Kematangan saya itu juga membuatkan ada yang terkejut apabila diberitahu usia saya baru menjangkau 16 tahun (ketika itu)”
– Wani Kayrie

Biodata Wani Kayrie

  • Nama Penuh: Syazwani Abdullah
  • Nama Artis: Wani Kayrie
  • Umur: 17 Tahun (2017)
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman (mendapat 6A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) )
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Syarikat Rakaman: Suria Records
  • Lagu/Single: Jangan Jangan, Berteman Saja, Kumbang dan Bunga (feat Viral), Aku Suka Kamu
  • Instagram: https://www.instagram.com/wanikayrie
  • Twitter: https://twitter.com/wanikayrie

Perkara Menarik Tentang Wani Kayrie

  • Mula menyanyi sejak umur 6 tahun.
  • Pernah menyertai satu pertandingan nyanyian di Los Angeles ketika berusia 12 tahun.
  • Video muzik lagu ‘Jangan Jangan’ mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya dalam masa 2 bulan.
  • Tidak mahu menyanyikan lagu yang terlalu berunsurkan cinta berikutan usia yang masih muda.
  • Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.

Gambar Cute Wani Kayrie Drive Kereta

Jelingan Manja Wani Kayrie

Poster Wani Kayrie

Wani Kayrie Yang Semakin Comel

Wani Kayrie Yang Comel

Wani Kayrie San Sufian Suhaimi

Wani Kayrie Dan Khai Bahar

Wani Kayrie Dan Jaa Era

Wani Kayrie Jangan Jangan

Telatah Spontan Wani Kayrie Dan Aiman Tino

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: