Langgan newsletter kami!
Wany Hasrita Di Smule

Biodata Wany Hasrita, Penyanyi Lagu Menahan Rindu

Nama Wany Hasrita mungkin masih baru dikalangan peminat seni suara tanahair. Namun artis baru FMC Music ini telah mencuri perhatian dengan single yang bertajuk ‘Menahan Rindu’ yang tiba-tiba menjadi siulan anak muda. Sehingga kini, lagu ‘menahan rindu’ telah mendapat tontonan sebanyak 14 juta di Youtube.

“Alhamdulillah, lagu Menahan Rindu memberi langkah kanan buat saya masuk industri seni. Terima kasih buat semua yang memberikan sokongan. Apa pun, saya agak terkejut dengan perkembangan ini. Sekelip mata peminat sudah kenal. Bagaimanapun saya sedar, sebagai orang baru saya masih lagi kena belajar untuk memberikan yang terbaik buat peminat pada masa depan” – Wany Hasrita

Tampil dengan imej bertudung, Wany Hasrita berharap akan dapat terus mengekalkan momentum kejayaan untuk masa akan datang. Beliau kini muncul dengan lagu duet terbarunya bersama Tajul berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu.

Jom kita selidik serba sedikit tentang Wany Hasrita yang cantik manis ini.

Biodata Wany Hasrita

  • Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah
  • Nama Artis: Wany Hasrita
  • Asal: Cheras, Selangor (menetap di Shah Alam)
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Ibubapa: Hasbullah dan Norita Jaafar, 46 tahun
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Graduan Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam
  • Label Syarikat Rakaman: Fantasia Music City (FMC)
  • Lagu/Single: Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (Duet Bersama Tajul), Rintihan Rindu
  • Facebook: https://www.facebook.com/wanyhasrita
  • Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
  • Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita

Gambar Wany Hasrita

Gambar Keluarga Wany Hasrita Dan AyahnyaSelfie Cantik Wany Hasrita Graduation DayWany Hasrita Cantik BertudungWany Hasrita Dan Ezad LazimWany Hasrita Dan Jamal AbdillahWany Hasrita Di Hot FMWany Hasrita Di SmuleWany Hasrita Menahan Rindu

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. Artists become famous singer of wany hasrita and shaa because I want to help my family have been trough thick and thin

  2. asalamulaikum kak wany..saya sgt minat lagu menahan rindu,rintihan rindu dan berduet dgn tajul..sebenarnya saya ada masalah tentang menyanyi…saya minat dgn menyanyi tapi……….malula nak ckap.. mcm mna ya??ni kali pertama saya luahkan isi hati ni..dah lama saya simpan ni..tpi malula nak bagitau kak wany..

  3. saya ingin berduet dengn akak wany

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: