Siapa Zaki Azeman? Beliau adalah seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik di persada seni negara. Bakal muncul dalam drama Setelah Ku Dimiliki pada Oktober nanti, Zaki Azeman merupakan teman baik kepada penyanyi popular, Khai Bahar. Beliau dan Khai Bahar beserta tiga teman lain ketika itu sama-sama memburu impian menjadi artis beberapa tahun yang lalu. Namun sudah menjadi rezeki Khai Bahar lebih dahulu berjaya.

“Kami berlima mahu mengejar impian menjadi artis. Cuma, ketika Khai dan tiga lagi sahabat berhijrah ke Kuala Lumpur, saya masih tinggal di kampung kerana belum berani. Tuah menyebelahi Khai hingga dia dikenali ramai. Tiga sahabat lain pula nampaknya percaturan seni mereka tidak menjadi. Ada yang sudah balik kampung dan ada yang bekerja di Kuala Lumpur. Saya pula selepas memberanikan diri, mula bertatih mencari rezeki sebagai pelakon. Jika diikutkan, mahu jadi penyanyi macam Khai. Namun, rezeki berlakon datang dulu”

Untuk rekod, Zaki pernah menyertai uji bakat program realiti Akademi Fantasia (AF) sebanyak tiga kali, namun rezeki tidak menyebelahinya.

Biodata Zaki Azeman

  • Nama Penuh: Muhamad Zaki Azeman
  • Nama Komersial: Zaki Azeman
  • Panggilan: Zaki
  • Asal: Kuala Perlis, Perlis
  • Umur: 25 tahun (2019)
  • Keluarga: Anak ke-5 daripada 6 adik-beradik
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Status: Bujang
  • Drama: Teksi Love, Hilang Akal, Bila Aidil Ada Fitri, Isteri Bukan Untuk Disewa, Setelah Ku Dimiliki, Ombak Rindu The Series (iflix)
  • Instagram: @zakiazeman_

Artis Baru Zaki AzemanGambar Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman

Zaki Azeman Gaya Baju Melayu Sendat

Zaki Azeman Pakai Tshirt Tanpa Lengan

Zaki Azeman

Carian Berkaitan: biodata zaki azieman, penyanyi asal perlis