Langgan newsletter kami!
Drama Setelah Ku Dimiliki TV3

Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Setelah Ku Dimiliki adalah sebuah drama hasil adaptasi novel karya Zaza Qry. Drama bersiri yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah ini bakal bersiaran di Slot Akasia TV3 pada bulan 29 Oktober nanti.

Info Drama Setelah Ku Dimiliki

  • Episod: 28 episod
  • Mula Tayangan: 29 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
  • Pengarah: Osman Ali
  • Produksi: Nuansa Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmy Reza, Rahim Omar, Zul Helmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Syifa Melvin, Hilal Azman

Watak Pelakon Drama Setelah Ku Dimiliki

Lagu Tema / OST Setelah Ku Dimiliki

Bunga – Ara Johari

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Sarrafia.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” – Adriz

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin, ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali dengan Rumah Azirah sempena nama ibunya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz

“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia

Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: