Langgan newsletter kami!
Set Makeup Wanita

Cara Bersolek Ke Pejabat dan Kuliah

Tahukah anda, bahawa solekan juga ada etikanya? Tidak boleh sembarangan saja bersolek ke pejabat atau kuliah bagi mereka yang bekerja atau masih belajar. Ada tiga jenis wanita di dalam dunia ini, pertama mereka yang tidak bersolek langsung, kedua mereka yang bersolek dengan keterlaluan dan yang ketiga mereka yang menyesuaikan solekan dengan keadaan.

Mari lihat solekan yang sesuai untuk pejabat dan kuliah:

#1 Sekali sapuan maskara sahaja

Mata anda perlu kelihatan segar tetapi tidak keterlalulan. Elakkan bulu mata anda daripada bergumpal. Sekali sapuan maskara sudah memadai untuk pejabat atau kuliah.

#2 Elakkan solekan smoky eye

Jika anda memerlukan lebih masa untuk tidur, ambil saja masa itu. Tidak perlu bangun awal semata-mata untuk membuat solekan mata yang dramatik untuk ke pejabat atau kuliah. Solekan dramatik memberi klien anda imej bahawa anda seorang yang suka berparti.

#3 Gunakan pemerah pipi merah jambu yang natural

Selalunya, pemerah pipi akan diberi tekanan agar wajah kelihatan segar seperti selepas bersenam bukan? Tetapi, elakkan pipi anda daripada warna yang terlalu terang kerana ia akan kelihatan dibuat-buat. Lebih baik anda betul-betul bersenam sedikit untuk memberi warna pada wajah.

#4 Elakkan gincu glitter dan merah menyala

Jangan mengganggu konsentrasi orang lain di pejabat atau di kuliah dengan warna gincu anda. Pilih warna yang lembut untuk menampakkan anda seorang yang profesional.

#5 Kuku yang bersih dan kemas

Siapa yang tidak sukakan manicure sarat dari salon? Ada satu kepuasan pada diri apabila melihat kuku yang dihias cantik. Tetapi, ianya tidak kena dengan pejabat atau kuliah. Sekali lagi, gunakan pewarna kuku yang lebih natural atau biarkan kuku anda tidak berwarna. Yang penting, kuku anda mesti bersih.

Satu perkara yang perlu anda ingat adalah pejabat dan kuliah merupakan tempat yang profesional, jadi imej anda haruslah menampakkan nilai profesionalisme. Semakin simple gaya anda, semakin baik. Fokuslah pada kerja agar anda lebih produktif dan lebihkan senyuman untuk suasana yang lebih ceria.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: