Langgan newsletter kami!
Cara Hilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Cara Hilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Apabila baju kesayangan milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa. Ianya adalah kerana kesan tersebut pasti tidak akan dapat hilang dan besar kemungkinan kita tidak akan pakai pakaian itu lagi. Tahi lalat pada baju atau seluar adalah bintik-bintik kecil yang berwarna hitam. Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, maka pakaian kita tetap akan kelihatan kotor walaupun ianya telah dicuci berkali-kali.

Tahi lalat pada pakaian biasanya disebabkan oleh kulat yang telah tumbuh pada pakaian akibat ianya tidak kering atau berkeadaan lembap dalam tempoh yang lama. Tahi lalat akan mula muncul jika kita peram baju yang basah, ataupun ianya terjadi ketika kita merendam pakaian dengan air yang sedikit, kemudian kita menangguh-nangguhkannya untuk membilas dan membiarkan sehingga beberapa hari. Jadi di sini kami ingin kongsikan cara yang mudah untuk menghilangkan tahi lalat pada pakaian.

Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan:

  1. Campurlah sedikit cuka ke dalam setengah liter air.
  2. Rendamkan pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi.
  3. Rendamkan selama semalaman.
  4. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun basuh baju atau detergen seperti biasa.
  5. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
  6. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.
  7. Biarkan pakaian selama beberapa saat di dalam air panas tersebut.
  8. Kemudian cuci kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.
  9. Seterusnya, bilas dengan menggunakan air bersih.
  10. Jika tahi lalat masih ada pada pakaian anda, ulang langkah 4 hingga 9 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalat tersebut hilang dan pakaian anda menjadi bersih sepenuhnya.
  11. Akhir sekali, jemur pakaian tersebut sehingga kering.

Nota: Asid pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Walau bagaimanapun jangan menggunakan cuka secara berlebihan kerana dikhuatiri akan merosakkan fabrik pakaian anda.

Selamat mencuba.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: