Langgan newsletter kami!
Drama Isteriku 120kg (TV1)

Drama Isteriku 120kg (TV1)

Isteriku 120 kg merupakan sebuah drama bersiri adaptasi novel karya Siti Nur Dhuha. Drama ini akan disiarkan melalui Slot Widuri TV1 RTM menggantikan drama Rahsia Hati. Ia akan mula ditayangkan pada 12 Mac 2020, setiap hari Khamis hingga Ahad, jam 7.00 hingga 8.00 malam.

Drama ini dibintangi oleh Amar Asyraf dan Jaja Iliyes serta dibantu oleh Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman dan diterbitkan oleh Media Space Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 Episod
  • Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
  • Waktu Siaran: Khamis – Ahad, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Slot: Widuri
  • Penulis Skrip: Zarihah Hassan
  • Pengarah: Malek Rahman
  • Produksi: Media Space Sdn Bhd
  • Pelakon: Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan

Watak Pelakon

  • Amar Asyraf sebagai Aiman Zafril
  • Jaja Iliyes sebagai Nelydia
  • Iswan Ismail sebagai Shahaikal
  • Afifah Nasir sebagai Syikin
  • Fauziah Nawi sebagai Nenek Masyitah
  • Lisa sebagai Aini
  • Mili Supina sebagai Datin Nerina

Sinopsis Isteriku 120kg

Drama ini mengisahkan tentang Aiman Zafril yang disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Nelydia merupakan rakan sepermainan Aiman ketika berusia 7 tahun. Malangnya, Nelydia bukanlah pilihannya kerana mempunyai berat badan 120 kg.

Walaubagaimanapun, Aiman tiada pilihan dan dia perlu berkahwin dengan Nelydia jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Dia mahukan cicit pula. Jika tidak, jangan harap dia akan memberikan harta itu.

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula semakin hari semakin mendesak mahukan cicit. Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

“Awak fikir saya mintak dengan TUHAN ke lahir sebagai perempuan gemuk yang tak cantik? Tak! Saya tak mintak, tapi inilah takdir saya!” – Nelydia

“Harta nenek tu, memang takkan jadi milik Aiman selagi Aiman tak bagi cicit kepada nenek. Nenek nak cicit daripada Neli. Bukan daripada perempuan lain. Ingat tu.” – Shahaikal

“Tak, abang tak bohong. Neli tak hodoh. Cuma Neli gemuk sikit aje daripada anak gajah, yang ni abang jujur. Neli jangan sedih ya.” – Aiman Zafril

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: