Langgan newsletter kami!
Pai Ayam Sedap

Cara Memasak Pai Ayam Menggunakan Slow Cooker

Resepi Pai Ayam | Pai ayam memang lazat dimakan dan resepi ini sangat mudah untuk disediakan. Pai ayam yang dimasak di dalam slow cooker ini mempunyai kalori yang rendah daripada pai biasa dan ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pai ayam ini boleh dimakan bersama nasi pasta, atau kentang sebagai satu hidangan lengkap.

Bahan-bahan Resepi Pai Ayam

  • 500 gram dada ayam tanpa lemak
  • 200 gram cendawan
  • 1/3 cawan kacang hijau sejuk beku
  • 1/3 cawan jagung sejuk beku
  • 2 batang lobak merah, didadu
  • 2 daun saderi, dihiris
  • 1 lada benggala (mana-mana warna), didadu
  • ½ bawang kecil, didadu
  • 1 tin krim sup ayam bernatrium rendah
  • 2 sudu besar daun oregano kering
  • 1 sudu besar daun sage kering
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk bawang
  • 1 sudu kecil biji saderi
  • 1 sudi kecil lada hitam
  • Penyembur minyak masak zaitun

Cara Memasak Pai Ayam

  1. Semburkan minyak masak zaitun ke permukaan slow cooker.
  2. Susunkan dada ayam di dalam slow cooker.
  3. Kemudian, lapiskan semua sayuran yang telah didadu di atas ayam.
  4. Tambahkan herba dan rempah ratus di atas sayuran.
  5. Tuangkan krim sup ayam secara rata pada lapisan yang telah dibuat.
  6. Tutup slow cooker dan masak selama lapan jam.
  7. Selepas lapan jam, anda akan nikmati pai ayam yang lembut!

Tips: Resepi ini sesuai untuk anda sediakan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Pulang dari tempat kerja nanti, makan malam anda sudah tersedia!

Info Nutrisi Pai Ayam

  • Resipi ini boleh dimakan oleh 4 orang
  • Mengandungi 230 kalori
  • Jumlah lemak sebanyak 4.5 g
  • Kolestrol 70 mg
  • Natrium 380 mg
  • Karbohidrat 21 g
  • Serat 4 g
  • Gula 6 g
  • Protein 27 g
  • Resipi ini dibuat oleh pakar pemakanan
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: