Langgan newsletter kami!
Almari Baju

Cara Memilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Bentuk Tubuh

Anda mungkin sudah arif tentang pakaian yang paling sesuai dengan bentuk tubuh badan anda atau anda mungkin ada beberapa helai pakaian yang anda gemari dan selalu memakainya. Tidak kiralah situasi anda, artikel ini akan membantu anda untuk membuat pilihan lebih baik tentang cara memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh anda.

Bentuk Tubuh Jam Pasir (Hourglass)

Bentuk tubuh hourglass adalah bentuk tubuh yang curvy dan berpinggang kecil. Anda boleh menonjolkan curves anda itu tetapi bagi mereka yang ingin menjaga aurat, anda bolehlah mengenakan pakaian ini bersama suami di rumah.

Pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh hourglass adalah:

  • Pakaian luar: Pakai jaket yang mempunyai tali pinggang. Ia akan menonjolkan pinggang anda yang kecil.
  • Baju: Pakai crop top. Ia sangat cantik untuk menonjolkan bentuk tubuh badan anda yang seimbang.
  • Dress: Pakai dress balutan. Ia juga menonjolkan lekuk antara pinggang dan pinggul anda.
  • Seluar: Pakai seluar berkaki lebar dengan tali pinggang. Ia akan terletak cantik pada pinggang anda yang ramping.
  • Skirt: Pakai skirt pensil. Ia akan menonjolkan lekuk badan anda dan menampakkan paha yang cantik.

Bentuk Tubuh Epal

Bentuk tubuh epal adalah bentuk tubuh yang kurus di bahagian bawah dan sedikit besar di bahagian tengah. Anda haruslah mengalih perhatian daripada bahagian perut anda dengan menonjolkan bahagian bahu dan kaki anda.

Pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh epal adalah:

  • Pakaian luar: Pakai swing coat, iaitu kot yang tidak membentuk tubuh. Ia kelihatan sangat cantik ketika anda bergerak.
  • Baju: Pakai baju yang flowy. Baju yang beralun ini akan menyorokkan perut anda.
  • Skirt: Pakai skirt high-waisted. Pinggangnya yang tinggi akan terletak pada bahagian perut anda yang paling kecil dan menutupi perut anda.
  • Dress: Pakai shift dress. Dress yang tidak membentuk tubuh ini juga akan menyembunyikan bahagian badan yang sedikit gempal.
  • Seluar: Pakai seluar berkaki lurus yang low-waisted. Seluar ini tidak akan menampakkan bonjolan perut.

Bentuk Tubuh Pisang

Bentuk tubuh pisang adalah bentuk tubuh yang kurang curvy dan pinggul anda hampir sama saiznya dengan pinggang anda. Anda haruslah menonjolkan bahagian pinggang anda yang paling kecil supaya bahagian pinggul dan dada anda akan lebih menonjol.

Pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh pisang (lurus) adalah:

  • Pakaian luar: Pakai cropped jacket dengan bahagian bawahnya yang berpinggang. Ia sangat cantik untuk bentuk tubuh anda.
  • Baju: Pakai baju yang beropol di bahagain dada. Ia membuatkan bahagian dada anda kelihatan lebih besar dan bahagian pinggang anda lebih kecil, jadi tubuh anda akan lebih terbentuk.
  • Skirt: Pakai skirt yang membentuk tubuh anda agar lekuknya lebih menonjol. Pemilihan fabrik yang sesuai haruslah diambil kira agar tidak keterlaluan.
  • Dress: Pakai dress yang berpotongan di bahagian tepi untuk menampakkan pinggang yang lebih kecil berbanding pinggul dan dada anda.
  • Seluar: Pakai seluar yang lebih besar di bahagian atas dan lebih kecil di bahagian bawah iaitu tapered pants. Ia memberi anda ilusi pinggul yang lebih besar.

Bentuk Tubuh Pir (Pear)

Bentuk badan pir adalah bentuk tubuh yang mana anda mempunyai bahagian pinggul yang merupakan bahagian paling besar. Anda haruslah seimbangkannya dengan menonjolkan bahagian atas tubuh anda.

Pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh pir adalah:

  • Pakaian luar: Pakai jaket yang berstruktur terutamanya dengan hiasan atau print yang akan mengalihkan perhatian daripada bahagian bawah tubuh anda.
  • Baju: Pakai baju yang sarat dengan hiasan atau sulaman. Ia juga akan mengelakkan tumpuan pada bahagian bawah tubuh anda. Pakai dengan seluar atau kain yang kosong.
  • Skirt: Pakai skirt dengan potongan A. Ia menonjolkan bahagian pinggang anda yang paling kecil dan menutupi bahagian pinggul anda.
  • Dress: Pakai dress yang fit-and-flare. Ia terletak cantik di bahagian pinggang anda yang paling kecil dan juga menutupi bahagian pinggul anda dengan kelebarannya.
  • Seluar: Pakai seluar boot-cut yang tidak terlalu kembang. Seluar ini membuatkan pinggul anda kelihatan seimbang.

Jadi, yang mana satukah bentuk tubuh badan anda? Pastikan anda memilih pakaian yang sesuai agar anda tidak menjadi mangsa fesyen dan menyalahkan diri sendiri walhal bentuk tubuh badan anda itu sudah dijadikan Tuhan cukup sempurna.

Selamat bergaya!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: