Langgan newsletter kami!
Tips Menjaga Pakaian

Cara Menjaga Pakaian Agar Tahan Lama

Pakaian adalah satu keperluan hidup dan dengan beberapa langkah menjaganya, anda dapat membuatkan pakaian anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak, kusam atau pudar. Ia secara tidak langsung akan dapat menjimatkan wang.

Tahukah anda, pakaian anda boleh tahan sehingga 15 tahun lamanya jika dijaga dengan baik? Tidak sukar untuk anda melakukannya, ikuti langkah-langkah berikut.

Tips Menjaga Pakaian

Tukar-tukar pakaian anda

Mungkin anda mempunyai pakaian kegemaran atau mungkin anda kurang gemar mempelbagaikan gaya jadi anda memakai pakaian tersebut berulang-ulang kali dalam seminggu. Ada juga mereka yang memakai seluar dan kasut yang sama setiap hari tetapi hal ini patut dielakkan kerana selain faktor kebersihan, ia juga membuatkan pakaian anda cepat rosak. Beri masa untuk pakaian anda ‘rehat’ di dalam almari.

Simpan pakaian dengan rapi

Elakkan menyumbat almari anda kerana pakaian yang disusun terlalu rapat akan menjejaskan fabriknya. Anda perlu memberi ruang di antara pakaian di dalam almari. Selain itu, gunakan penyangkut baju yang sesuai dengan pakaian anda walaupun mungkin anda terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana penyangkut baju plastik dan dawai yang murah akan merosakkan baju anda di bahagian bahu. Sesetengah fabrik pula seperti knit tidak sesuai digantung kerana ia akan mengembang.

Cuci pakaian dengan cermat

Agar pakaian tahan lama, cuci pakaian anda dengan air sejuk dan kurangkan penggunaan detergent. Terbalikkan pakaian yang mempunyai grafik untuk mengelakkannya daripada tercalar di dalam mesin basuh. Cuci pakaian yang berfabrik kasar seperti jeans secara berasingan dan basuh pakaian dalam anda dengan tangan. Asingkan juga pakaian berwarna daripada pakaian putih untuk mengekalkan ‘seri’nya.

Elakkan suhu panas yang tinggi

Bagi anda yang menggunakan mesin dobi, sebenarnya anda merisikokan pakaian anda untuk menjadi pudar dan reput apabila menggunakan dryer kerana suhu yang tinggi akan memecahkan gentian fiber pakaian anda. Begitu juga sekiranya anda menjemur pakaian terlalu lama di bawah cahaya matahari. Sebaiknya anda elakkan penggunaan dryer dan jemur sendiri pakaian anda tetapi jika terpaksa, anda boleh menggunakan dryer balls yang mempercepat proses pengeringan pakaian.

Tips: Warnakan semula pakaian anda

Warna pakaian memang akan semakin luntur dengan setiap kali cucian, jadi anda boleh membeli pewarna pakaian (ada dijual di kedai alat tulis) dan merendam pakaian anda agar ia kelihatan baru dan ‘berseri.’

Sekarang pakaian anda boleh tahan lebih lama dan anda pun dapat mengumpul wang untuk membeli pakaian idaman yang lebih mahal, ops!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: