Langgan newsletter kami!
Buang Blackhead Pada Wajah

Cara Mudah Buang Blackhead Pada Wajah

Apa Itu Blackhead?

Semua orang mengalaminya, sama ada lelaki atau perempuan, mereka yang menjaga kecantikan mahupun tidak. Blackhead dan whitehead iaitu bintik-bintik berwarna coklat kehitaman atau putih kekuningan, kedua-duanya merupakan sumbatan pada lubang kulit (pori-pori) anda. Warna mereka berbeza kerana blackhead telah teroksida di udara sementara whitehead belum teroksida. Blackhead merupakan pelincir kulit yang anda panggil sebagai minyak (sebum) yang bergumpal dengan sel kulit mati yang terhasil setiap masa. Perubahan hormon menyebabkan semakin banyak sebum dan semakin cepat sel kulit mati terhasil merupakan faktor utama masalah blackhead.

Punca Blackhead?

Apa-apa sahaja yang membentuk lapisan di atas permukaan pori anda, sama ada kosmetik atau pakaian boleh menyebabkan blackhead. Oleh itu, anda mesti menekup peluh dengan segera dan mengelakkan diri daripada cuaca panas dan lembap yang berpanjangan. Pakai pakaian yang tidak memerangkap peluh dan jaga pemakanan anda untuk mendapatkan serta mengekalkan keseimbangn hormon.

Cara Buang Blackhead Secara Semulajadi

Ramai yang mengunjungi pusat-pusat kecantikan untuk ‘menghilangkan’ blackhead tetapi tahukah anda sebenarnya ia sememangnya cukup mudah untuk dilakukan. Anda boleh melakukannya sendiri di rumah jika anda mahu menjimatkan kos dan menggunakan teknik yang betul.

Berikut adalah cara-cara membuang blackhead pada wajah anda, yang boleh dilakukan di rumah.

  • Sebelum bermula, kulit anda mestilah dicuci dahulu agar benar-benar bersih.
  • Panaskan air sehingga sedikit suam dan rendamkan sehelai tuala di dalamnya.
  • Cuci solekan sehingga tiada sisa yang tertinggal.
  • Kemudian, exfoliate (skrub) wajah anda dengan lembut untuk membuang sel kulit mati. Bilas skrub tersebut.
  • Perahkan tuala yang direndam tadi dan tekupkan wajah anda dengannya untuk melembutkan blackhead.
  • Tekup selama beberapa minit dan blackhead anda sudah sedia untuk dikeluarkan dengan tisu muka.
  • Ambil masa dan picit blackhead anda dengan lembut.
  • Setelah selesai, bilas dan gunakan masker wajah yang menyejuk dan melembapkan kulit muka.

Perlu diingat bahawa blackhead adalah sesuatu yang normal dan dialami oleh semua orang, jadi anda tidak perlu risau dengannya. Untuk kekalkan kulit yang bebas blackhead, lakukannya sendiri di rumah sekali hingga dua kali seminggu.

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: