Langgan newsletter kami!
ABX Express

Cara Semak Tracking ABX Express Secara Online

Cara Track ABX Express. ABX Express merupakan syarikat courier atau penghantaran barang seperti juga PosLaju, J&T Express dan GDex. ABX EXPRESS (M) SDN BHD (130250-H) adalah syarikat milik bumiputra dan mula beroperasi di Malaysia dan Brunei sekitar 30 tahun yang lalu. Mereka mempunyai lebih daripada 75 pejabat dan pusat servis serta anggaran 800 orang pekerja.

Kini, status penghantaran barang melalui ABX Express boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan tracking ini, status barang yang dihantar akan diketahui dengan lebih mudah dan cepat. Jadi pengguna tidak perlu tertanya-tanya berapa hari agaknya barang yang dipos akan sampai kepada penerima.

Untuk menyemak dan track status parcel yang dihantar melalui ABX Express, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat tracking no atau airwaybill number sahaja. Jika pengguna hendak track lebih dari satu barang, sila masukkan tracking no dan asingkan dengan menekan “<ENTER>”. Sistem seterusnya akan menyemak status parcel bagi setiap baris.

Di samping itu, pengguna boleh menyemak sehingga 10 barang atau consignment note numbers dalam satu masa.

Antara maklumat yang boleh dapati melalui perkhidmatan ABX Express Trace & Track ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses penghantaran terlibat
  • Status terkini

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat ABX Express. Mudah dan jimat masa.

[infobox style=”alert-success”]

Cara Track ABX Express

KLIK SINI –> http://www.abxexpress.com.my/tracking.html

[/infobox]
Contoh AirwayBill Number ABX Express
Contoh AirwayBill Number ABX Express

Langkah Terperinci Semak Tracking ABX Express

  1. Pergi ke laman web rasmi ABX Express.
  2. Masukkan airwaybill number pada kotak semakan yang disediakan.
    – Satu airwaybill number untuk setiap baris (one per line).
    – Tekan kekunci <ENTER> untuk memasukkan airwaybill number yang seterusnya.
    – Boleh masukkan sehingga 10 nombor tracking dalam satu masa.
  3. Tekan button ‘TRACK’.
  4. Lihat status dan maklumat terperinci tentang barang yang dihantar.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Muhamad shaiful amri bin shaharin

    Hye,saya ingin tahu dimanakah lokasi barang saya dihantar sekarang.:
    SHX11851769BMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: