Cara Track Airpak Express Shipments | Airpak Express adalah syarikat courier yang berasal dari Singapura dan diasaskan pada tahun 1990. Mereka kemudiannya meluaskan operasi di Malaysia melalui Airpak Express (M) Sdn Bhd pada tahun 1992 dan kini mempunyai lebih daripada 300 orang staf serta mempunyai sebuah gudang penyimpanan barang seluas 25,000 sq ft di Petaling Jaya, Selangor. Untuk rekod, Airpak Express (M) Sdn Bhd kini merupakan salah satu daripada 10 syarikat courier terbaik di Malaysia.

Airpak Freight and Logistic seterusnya ditubuhkan pada tahun 2007 yang lebih berfokuskan kepada penghantaran cargo dan barangan bersaiz besar melalui laluan udara dan laut ke seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Kini, status penghantaran barang melalui Airpak Express boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan tracking ini, status barang yang dihantar akan diketahui dengan mudah dan cepat. Jadi pengguna tidak perlu tertanya-tanya berapa hari agaknya barang yang dipos akan sampai kepada penerima.

Antara maklumat yang boleh dapati melalui perkhidmatan Airpak Express Trace & Track ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses penghantaran barang terlibat
  • Lain-lain aktiviti terlibat
  • Status terkini

Berikut disertakan cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat Airpak Express. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

[infobox style=”alert-success”]

Cara Semak Tracking Airpak Express

KLIK SINI –> https://airpak-express.com/my/

[/infobox]

Cara Airpak Express Tracking

Langkah Terperinci Semak Tracking Airpak Express

  1. Pergi ke laman web rasmi Airpak Express Malaysia.
  2. Masukkan tracking number pada kotak semakan yang disediakan.
  3. Tekan button ‘TRACK’.
  4. Lihat status dan maklumat terperinci tentang barang yang dihantar.