Sistem Analisis Peperiksaan (Ibu Bapa) atau singkatannya SAPS adalah sistem maklumat laman web peringkat kebangsaan untuk semua sekolah awam di Malaysia. Ia merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak mereka secara online. Kemudahan ini disediakan untuk para pelajar, guru dan tidak lupa juga para ibu bapa untuk memantau prestasi murid dan pelajar sekolah di Malaysia.

Penyelarasan Perlaksanaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini adalah di bawah Inisiatif Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia sesuai dengan penggunaan teknologi ICT di zaman sekarang.

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui SAPS adalah:

  • Keputusan peperiksaan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Ini termasuklah semakan untuk peperiksaan besar seperti semakan keputusan UPSRsemakan keputusan PT3 dan semakan keputusan SPM.

muka-depan-saps-ibu-bapa

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa

[infobox style=”alert-success”]Semakan SAPS Ibu bapa boleh dilakukan dengan melayari URL di bawah:
http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
[/infobox]
  1. Sila layari laman web di atas
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan / Sijil Lahir pelajar (TANPA ada “-” atau “SPACE”)
  3. Pilih sama ada ingin melihat keputusan peperiksaan sekolah rendah atau sekolah menengah
  4. Pilih tahun peperiksaan
  5. Masukkan kod pengesahan yang tertera di skrin
  6. Klik butang semak

Semoga dengan sistem online ini, ibu bapa dapat memantau prestasi pelajaran anak-anak pelajar dengan mudah dan pantas dari hujung jari sahaja.

Carian Berkaitan: saps ibu bapa sistem analisis peperiksaan, saps ibubapa analisis, saps sistem analisis peperiksaan sekolah, kod pengesahan SAPS