Langgan newsletter kami!
Onexox Cover Logo Wallpaper

Cara Share Data XOX

ONEXOX ialah jenama kepada perkhidmatan mudah alih yang dimiliki oleh ONEXOX Sdn Bhd yang menggunakan sistem rangkaian XOX. Secara lebih tepat ia adalah mobile virtual network operator (MVNO) yang menggunakan infrastruktur Celcom. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih prepaid yang murah dan mampu milik kepada pengguna. Antara kelebihan utama menggunakan simkad OneXOX adalah ia menwarkan tempoh aktif terpanjang di Malaysia (lebih dari 2 tahun). Selain itu, OneXOX juga menawarkan perkongsian data yang sangat mudah di antara pengguna mereka. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk membuat perkongsian data (mobile data sharing) iaitu menggunakan SMS, USSD atau menggunakan Apps Black.

Cara Share Data OneXOX Menggunakan SMS

Perkongsian data OneXOX boleh dibuat dengan menggunakan Perkhidmatan Pesanan Ringkas SMS. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti:

Taip SHARE <jarak> nombor penerima <jarak> jumlah data <jarak> no PIN dan hantar ke 22111

Contoh:
SHARE 0123456789 D1 1234 dan hantar ke 23388

  • D1 = 1GB, D2 = 2GB (data maksimum yang boleh dikongsikan adalah sehingga 10GB)
  • No PIN adalah 1234 dan ia adalah no PIN standard untuk semua pengguna OneXOX
  • Send ke nombor 23388 atau 22111
  • Data yang dikongsikan akan diambil dari data season pass pengguna dan akan dimasukkan ke season pass penerima
  • Perkongsian data ini hanya boleh dikongsikan oleh pengguna akaun prepaid sahaja

Cara Share Data OneXOX Menggunakan USSD

Selain itu, perkongsian data OneXOX juga boleh dilakukan menggunakan USSD. Caranya adalah seperti berikut:

  • Dail nombor dan simbol *150#
  • Pilih nombor 6 iaitu Season Pass
  • Kemudian, pilih nombor 6 sekali lagi iaitu share data
  • Masukkan nombor telefon penerima data
  • Masukkan jumlah data yang hendak dikongsi. Contoh jika 1 GB, masukkan angka 1 sahaja
  • Masukkan nombor 88 iaitu untuk Submit
  • Penerima akan terus menerima data yang dihantar ke dalam season pass

Cara Share Data OneXOX Menggunakan Aplikasi Black

Pilihan ketiga untuk berkongsi data OneXOX ialah melalui aplikasi Black. Cara penggunaannya adalah seperti berikut :

  • Menggunakan apps rasmi yang disediakan oleh OneXOX iaitu Aplikasi Black dan dimuat turun ke telefon bimbit pengguna
  • Ia boleh digunakan oleh pengguna OneXOX Black dan OneXOX Prepaid
  • Selain membuat perkongsian data, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membayar bil, serta topup kredit
  • Boleh membuat perkongsian data, minit panggilan dan SMS sekaligus dengan hanya 1 caj sahaja dikenakan iaitu RM 0.50 sahaja

Di samping itu, melalui aplikasi ini anda juga boleh:

  • Melihat profil langganan, periksa baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma
  • Tambah nilai (topup) / bayar bil
  • Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota
  • Pengurusan sub-talian: Daftar sehingga 10 sub-talian, membuat tambah nilai sub-talian, membuat langganan internet sub-talian dan periksa profil langganan sub-talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan)
  • Pengurusan 10 nombor ‘Famili & Rakan’: mendaftar/menambah & membatal

Terma dan Syarat Perkongsian Data OneXOX

Terdapat beberapa terma dan syarat bagi melakukan perkongsian data OneXOX ini iaitu:

  • Perkongsian hanya dibenarkan untuk pengguna OneXOX sahaja dan tidak boleh dibuat ke atas rangkaian komunikasi yang berbeza
  • OneXOX Black boleh berkongsi minit panggilan, data serta SMS kepada pengguna OneXOX Black dan juga OneXOX prabayar
  • Pengguna OneXOX prabayar hanya boleh berkongsi minit panggilan, data dan SMS yang terdapat dalam season pass sahaja kepada sesama pengguna OneXOX prabayar atau OneXOX Black
  • Caj perkhidmatan akan dikenakan dengan kadar RM 0.50 untuk setiap transaksi yang berjaya dan caj ini akan dikenakan ke atas penghantar
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: