Langgan newsletter kami!
MP Sepang

Maksud dan Bidang Tugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Maksud PBT

PBT adalah ringkasan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang merupakan kerajaan di hierarki ketiga dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia, iaitu selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. PBT terletak di bawah Kerajaan Tempatan yang mana ia mempunyai urusan secara langsung dengan penduduk tempatan. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu ia juga boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.

Umumnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis (YDP) atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga majlis-majlis daerah. Kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi di bawahnya, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Sementara itu, kerajaan negeri mengawal selia PBT melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco – singkatan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah pula dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak, tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Hierarki Kerajaan Tempatan

Terdapat empat jenis kerajaan tempatan di Malaysia yang disusun mengikut hierarki seperti berikut:

  • Bandar raya – PBT dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya
  • Bandar – PBT dikenali sebagai Majlis Perbandaran
  • Luar bandar – PBT dikenali sebagai Majlis Daerah
  • Kawasan khas – PBT dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan

Tugas PBT

PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib ini termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara pula merangkumi peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, peranan dan tugas-tugas PBT adalah seperti berikut:

  • Kuasa perancang tempatan
  • Kuasa mengeluarkan lesen
  • Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
  • Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dan sebagainya)
  • Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
  • Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
  • Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: