Langgan newsletter kami!
Dato S Astro

“Dato” S (Astro First Eksklusif)

Dato S adalah sebuah filem televisyen (FTV) berkonsepkan aksi-komedi yang akan ditayangkan di Saluran 480 Astro First Eksklusif. Ia menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan dan kerap berlaku di kalangan masyarakat hari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, ‘scam’ dan sebagainya.

FTV ini dibintangi oleh Kamal Adli, Puteri Aishah, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz dan Jalaluddin Hassan. Ia diarahkan oleh Shahrol Esham dan diterbitkan oleh KMN Production & Cinemalaya. Pelanggan Astro yang berminat boleh melanggannya dengan harga RM15 sahaja.

Info Dato S

  • Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2019
  • Stesen TV: Astro First Eksklusif (Saluran 480)
  • Idea Asal: Nabil Ahmad
  • Pengarah: Shahrol Esham
  • Produksi: KMN Production & Cinemalaya
  • Senarai pelakon: Kamal Adli, Puteri Aishah, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz, Jalaluddin Hassan

Watak Pelakon Dato S

Sinopsis Dato S

Mengisahkan tentang Sazali, seorang jurujual yang kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti ‘scammer’ seperti skim cepat kaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji, menjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuan online, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan bermacam lagi.

Sazali berjaya memperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yang tinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup dengan penuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau. Sazali alpa dalam dunia baru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Dalam masa yang sama, Sazali turut berkenalan dengan Arman dan Bunga yang memberikan pelbagai inspirasi buatnya untuk terus mengaut kekayaaan dari pelbagai sumber haram. Beliau tidak menyedari bahawa Arman dan Bunga adalah dua anggota polis yang menyamar sebagai rakan kongsi Dato S untuk membongkar sindiket penipuan ini.

Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti Dato S dapat dirungkai. Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si ‘con-man’ Sazali ini? Bagaimanakah pula pengakhiran cerita beliau?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: