Langgan newsletter kami!
Drama Dia Yang Ku Cinta TV3 (Poster)

Dia Yang Ku Cinta (TV3), Sharnaaz Ahmad & Syerinie Myra

Dia Yang Ku Cinta adalah drama bersiri terbaharu yang akan ditayangkan melalui Slot Samarinda TV3. Drama hasil adaptasi novel karya Indah Hairani ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan dibintangi oleh pelakon baharu Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz.

Drama 15 episod ini mula menemui penonton bermula 26 November 2019 menggantikan drama hits Sara Sajeeda. Ia diterbitkan oleh produksi A. Aida Production.

Info Drama

  • Episod: 15 episod
  • Genre: Cinta / Keluarga
  • Tarikh Tayangan: 26 November 2019
  • Pengarah: Along Kamaluddin
  • Senarai Pelakon: Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Afieq Shazwan, Riena Diana, Catriona Ross, Sabrina Ali, Jovi Heng, Izzy Reef, Arash Mohd, Zila Bakarin, Watie Sadali, Dato’ Shahrezza, Ruminah Sidek, Da’i Izzhar Nazri, Qistina Raisah, Khalida Balqis, Silfeni Osman

Watak Pelakon

  • Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
  • Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
  • Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
  • Catriona Ross sebagai Puan Marhanna
  • Arash Mohamad sebagai Tuan Khalid
  • Afieq Shazwan sebagai Iman Idham
  • Watie Sadali sebagai Mak Cik Peah
  • Jovi Heng sebagai Patrick Abdullah

Sinopsis Dia Yang Ku Cinta

Mengisahkan tentang Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham yang merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna selepas ibu kandung mereka meninggal dunia. Namun, kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Marhanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafiz Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua-dua anak yatim tersebut ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafidz Andrew dan Lara Andrew adalah juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki Inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia apabila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Marhanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew.

Rujukan: Wikipedia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: