Langgan newsletter kami!
Poster Drama Memoir Karmila TV1

Drama Memoir Karmila (TV1 RTM)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 akan menayangkan sebuah drama bersiri 13 episod berjudul Memoir Karmila. Walaupun tarikh tayangan rasmi belum diumumkan tetapi ia dijangka akan menemui penonton pada akhir tahun nanti.

Drama ini diarahkan oleh Bahri Umar dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh ramai pelakon terkenal tanahair seperti Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Zaefrul Nordin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min dan Fauzi Nawawi.

Kemaskini
Tarikh tayangan drama ini adalah pada 28 Mei 2020, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7.00 malam di TV1.

Info Drama

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 28 Mei 2020
  • Waktu Siaran: Setiap Khamis hingga Ahad, jam 7.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Penulis Skrip: Maizura Ederis, Baizura Kahar, Amin Shakib, Nana Khalil
  • Pengarah: Bahri Umar
  • Produksi: Radius One Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Zaefrul Nordin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min, Fauzi Nawawi, Nadia Aqilah, Rafe Sumantri, Laila Nasir, Edaman, Hilman Alef, Nik Rifaie, Hafiz Bahari, Dato T S Jeffry

Watak Pelakon

  • Aedy Ashraf sebagai Isham
  • Atikah Suhaime sebagai Karmila
  • Fahad Iman sebagai Tengku
  • Ikmal Amry sebagai Naim
  • Zaefrul Nordin sebagai Rahim
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Ramlan
  • Zarynn Min sebagai Anita
  • Fauzi Nawawi sebagai Imam Muhardi
  • Nadia Aqilah sebagai Aisyah

Sinopsis Drama Memoir Karmila

Drama ini mengisahkan tentang pertemuan semula Mila dengan kekasih lamanya, Isham secara tidak sengaja. Hubungan mereka kembali rapat apatah lagi Isham secara suka rela membantu Dato’ Rahim menyelesaikan masalah kewangan syarikat mereka. Kejujuran dan karisma Isham yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan ini membuatkan Mila berpaling daripada cinta hatinya Naim. Dia mula membandingkan Isham yang sudah berjaya dengan kekasihnya Naim yang masih menganggur. Ditakdirkan Mila dan Isham disatukan dalam majlis perkahwinan yang meriah.

Isham membawa Mila pergi berbulan madu ke Thailand. Disinilah titik hitam dalam hidup Mila bermula. Isham sebenarnya terlibat dalam sindiket pemerdagangan wanita dan bersekongkol dengan rakannya, Tengku. Isham mahu menjual Mila kepada sindiket di Thailand demi membalas dendam lamanya terhadap wanita itu yang pernah meninggalkannya demi lelaki lain. Mila cuba meloloskan diri daripada Isham.

Dengan seribu kepayahan akhirnya Mila berjaya sampai di Malaysia. Dia kemudiannya dibantu Kak Kathy dan Awe yang simpati terhadapnya. Naim memberi amaran kepada Tengku tentang kegiatan yang dijalankannya. Isham mula mencari Mila dan meminta bantuan Tengku apabila mendapat tahu isterinya itu telah sampai ke Malaysia.

Dato’ Rahim curang dengan wanita bernama Nita dan dapat dihidu Datin Ramlah. Mila yang selamat pulang ke rumah merahsiakan tentang Isham kerana tidak mahu ayahnya terkejut dengan niat jahat menantunya itu. Isham pula berang orang suruhannya gagal menjejak Mila. Mila terhutang budi dengan Kak Kathy dan Awe. Mila mula mengatur rancangan untuk pulang ke rumahnya. Tetapi dia terpaksa bersabar kerana konco-konco Isham ada di mana-mana.

Ketika berada di Terengganu, Mila dipertemukan dengan Aisyah dan ayahnya yang menguruskan madrasah pelajar tahfiz. Di situ terdetik dalam hati Mila untuk berubah. Aisyah berdepan konflik mahu melarikan diri setelah cintanya dengan Imam Muhardi ditentang keras ayahnya kerana pilihan anaknya itu sama usia dengannya. Mila berjaya meyakinkan Aisyah bahawa tindakan ayahnya betul. Aisyah akhirnya akur.

Isham berjaya menjejak Mila di madrasah tersebut. Isham berbaik-baik dengan Imam Muhardi. Mila panik dan mahu melarikan diri namun berjaya dihalang Isham. Malangnya mereka berdua telah diserang ahli sindiket Geng Ular Tedung dari Thailand yang mahu membalas dendam terhadap Isham kerana gagal menyerahkan Mila kepada mereka seperti yang dirancang.

Isham berjaya ditangkap dan Mila berjaya melarikan diri. Namun kemudiannya Isham dapat lolos dan meminta bantuan Tengku untuk menyelamatkan isterinya. Terbit rasa insaf dalam diri Isham dan dia menyedari terlalu menyayangi isterinya itu. Tengku terkejut dengan perubahan Isham yang memintanya membebaskan Naim.

Malangnya Mila telah ditangkap sindiket jahat. Mereka menawarkan sejumlah wang yang besar untuk Isham menuntut kembali isterinya itu. Isham meminta bantuan Tengku dan dia bersetuju sebagai membalas budi Isham sebelum ini. Namun sindiket itu main kotor menembak Isham walaupun wang telah diterima. Tengku menghantar Mila ke pangkuan keluarganya dan Isham yang cedera dibawa mendapat rawatan di hospital.

Hakikatnya Naim masih mengambil berat tentang Mila. Isham kembali sihat dan mula menuntut haknya sebagai suami Mila yang sah. Belum pun percubaannya berjaya, Isham dan Tengku telah ditangkap polis kerana kegiatan salah mereka sebelum ini. Masihkah jodoh antara mereka kuat? Atau pun Mila memutuskan kembali kepada Naim?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: