Adellea Sofea adalah sebuah drama bersiri yang bakal bersiaran mengisi Slot Akasia TV3 pada penghujung 2019 nanti. Drama ini bukanlah drama hasil adaptasi novel seperti kebanyakan drama bersiri yang lain.

Ia akan menampilkan Mira Filzah dan Ungku Ismail sekali lagi yang sebelum ini serasi bergandingan melalui telefilem Duit Kahwin. Drama ini diarahkan oleh Budak Ijat dan diterbitkan oleh Radius One.

Info Drama Adellea Sofea

  • Episod: 28 episod
  • Mula Tayangan: 6 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Nieza Nahar
  • Pengarah: Shahrulezad bin Mohameddin / Budak Ijat
  • Produksi: Radius One Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Mira Filzah, Ungku Ismail, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris

Watak Pelakon Drama Adellea Sofea

Sinopsis Drama Adellea Sofea

Mengisahkan tentang Adellea Sofea, gadis cantik manis dan solehah yang telah jatuh cinta pada Firdaus yang dianggap bakal memenuhi impiannya memiliki kebahagian hidup. Pada awal perkahwinan mereka, semuanya indah belaka sehinggalah kisah silam dan rahsia besar Firdaus terbongkar.

Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang indah kini bertukar menjadi serba tidak kena. Kemuncaknya Firdaus didakwa atas cubaan membunuh Adellea Sofea.

Mampukan cinta Adellea Sofea bertahan untuk sang suami? Dan mampuhkah Firdaus berubah demi cinta sang isteri? Benarkah Firdaus itu cuba membunuh Adellea atau sebab lain? Sama-sama kita saksikan kesudahannya nanti.

Adellea Sofea Kepala BergetarBabak Dalam Adellea Sofea

Gandingan Pelakon Drama Adellea Sofea

MF Dan Ungku Ismail Adellea Sofea

Scane Drama Adellea Sofea TV3

Selfie Mira Filzah Dalam Adellea Sofea

Carian Berkaitan: Drama tv3 kini