Langgan newsletter kami!
Drama Biar Jadi Kaktus

Drama Biar Jadi Kaktus (TV2)

Biar Jadi Kaktus adalah drama bersiri hasil adaptasi novel karya Iffa Zalia. Drama arahan Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan dibintangi oleh Uqasha Senrose ini akan ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai 2019, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam.

Info Drama Biar Jadi Kaktus

  • Episod: 13 episod
  • Mula Tayangan: 24 Julai 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 8.30 malam
  • Stesen TV: TV2 (RTM)
  • Penulis Novel: Iffa Zalia
  • Penulis Skrip: Adza Nasyaemie Adenan
  • Pengarah: Dato Ahmad Tarmimi Siregar
  • Produksi: Wardah Communication Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah

Watak Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus

  • Uqasha Senrose sebagai Shakila / Shakira
  • Atoi Tohet sebagai Firdaus
  • Syafiq Sahli sebagai Azlan
  • Shakilla Khoriri sebagai Seha
  • Sahronizam Noor sebagai Pak Babu
  • Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Murad
  • Aman Graseka sebagai Tengku Amir
  • Kenji Sawahii sebagai Dato Idris Leong
  • Qistina Raisah sebagai Syakila

Sinopsis Drama Biar Jadi Kaktus

Mengisahkan tentang cinta Syakila dan Firdaus yang ibarat bintang-bintang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi.

Namun pencariannya terkandas apabila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman ini sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung ini membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki ini mencintainya sepenuh hati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: