Langgan newsletter kami!
Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)

Kerana Dia Manusia Biasa adalah sebuah drama hasil adaptasi novel karya Wan Nur Najihah. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan dibintangi oleh pelakon popular Shukri Yahaya dan Emma Maembong. Ia bakal menemui penonton pada bulan September 2019 di Slot Samarinda TV3.

Info Drama Kerana Dia Manusia Biasa

  • Episod: 15 episod
  • Mula Tayangan: September 2019
  • Waktu Tayangan: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Penulis Skrip: Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

Watak Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa

  • Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
  • Emma Maembong sebagai Nurin Aira
  • Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
  • Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
  • Mimi Ernida sebagai Suraya
  • Zera Hariz sebagai Najwa

Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang.

Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya). Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden yang memalukan, Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira pula hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka.

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung derita. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali bukan mudah untuk dia lalui. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: