Langgan newsletter kami!
Drama Bukan Gadis Biasa (TV3)

Drama Bukan Gadis Biasa (TV3)

Bukan Gadis Biasa adalah sebuah drama adaptasi novel karya Liza Nur. Drama ini akan ditayangkan di TV3 melalui Slot Samarinda. Ia dijangka menemui penonton pada bulan Ramadhan tahun 2020. Teraju utama bagi drama ini ialah hero malaya, Remy Ishak dan penyanyi wanita, Ayda Jebat.

Di samping itu, drama ini juga menampilkan pelakon lain antaranya ialah Nazim Othman, Mas Khan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin dan Ashhry Atan. Drama ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd.

Info Drama

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: Jangkaan Ramadhan 2020
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Penulis Novel: Liza Nur
  • Pengarah: Azman Hj Yahya
  • Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Mas Khan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

Watak Pelakon

  • Ayda Jebat sebagai Johana / Jo
  • Remy Ishak sebagai Rayyan
  • Nazim Othman sebagai Amer
  • Mas Khan sebagai Amirul
  • Lia Natalia sebagai Ujah
  • Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
  • Ako Mustafa sebagai Pak Ya
  • Shajiry sebagai Bruno Din
  • Ozlynn sebagai Juliana
  • Zarul Husin sebagai Suffian
  • Idzham Ismail sebagai Bun
  • Chacha Maembong sebagai Hanim
  • Ashhry Atan sebagai Azim

Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa

Mengisahkan tentang Johana atau Jo yang mempunyai penampilan seperti lelaki. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu iaitu memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: