Langgan newsletter kami!
Drama Camelia TV3

Drama Camelia (TV3)

Camelia‘ adalah sebuah drama bersiri yang akan menemui penonton tanahair melalui Slot Samarinda TV3. Tarikh tayangan drama 15 episod ini dijangka pada 16 Januari 2020. Drama ini dibintangi oleh aktor Saharul Ridzwan dan heroin cantik Diana Danielle.

Ia diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn Bhd. Antara lokasi penggambaran drama ini adalah di Kuala Selangor dan Bangi.

Info Drama Camelia

  • Episod: 15 episod
  • Tarikh Tayangan: 16 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10.00 hingga 11.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Cerita & Penulis Skrip: Azlina Pa’wan
  • Pengarah: Eoon Shuhaini
  • Penerbit: Hasniza Nordin
  • Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

Watak Pelakon

  • Saharul Ridzwan sebagai Malik
  • Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
  • Ain Edruce sebagai Marina
  • Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
  • Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
  • Qistina Raisah sebagai Marina (kecil)
  • Puteri Balqis sebagai Mariam (kecil)
  • Redzwan Adha sebagai Malik (kecil)

Sinopsis Drama Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Pada tahun 1999, tiga adik-beradik iaitu Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah emak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya dengan bekerja mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering melebihkan adiknya, Marina yang dikatakan lebih cantik berbanding dirinya. Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada di pihaknya namun Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma.

Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki ‘split identiti’. Identiti di mana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sejak dari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia’.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: