Langgan newsletter kami!
Poster Drama Cetera Hati Diya

Drama Cetera Hati Diya (TV3)

Drama Cetera Hati Diya adalah hasil adaptasi novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila. Ia membariskan gandingan hero, Fattah Amin dan heroin, Azar Azmi. Drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan kini sedang ditayangkan dalam slot Samarinda TV3 bermula 17 Jun hingga 10 Julai 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Info Drama Cetera Hati Diya

  • Episod: 15 episod
  • Durasi: 60 minit / episod
  • Tarikh Tayangan: 17 Jun – 10 Julai 2019
  • Waktu Siaran: 10.00 – 11.00 malam (Isnin-Khamis)
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Pengarah: Raja Mukhriz
  • Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd
  • Pelakon: Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah

Senarai Pelakon & Watak Dalam Drama Cetera Hati Diya

Sinopsis Drama Cetera Hati Diya

Mengisahkan Adelia Dayana (Diya) yang telah menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak lagi mempercayai mana-mana lelaki. Ini susulan peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya. Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung.

Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin. Zahil menemui keluarga Diya dan seterusnya menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab di atas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.

Sepanjang perkahwinan Diya cuba menjadi isteri yang terbaik walau tanggungjawab sebagai isteri tidak sepenuhnya ditunaikannya. Zahil tulus mencintai Diya dan setia menunggu sehingga cintanya berjaya menakluki hati Diya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan Zahil tanpa pengetahuan Diya yang akan membuat Diya bencikan Zahil.

Di saat Diya mulai mencintai Zahil, sesuatu berlaku telah membongkarkan rahsia yang Zahil simpan selama ini. Saat itu telah mencetus amarah kebencian Diya yang tiada penghujungnya.

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” – Diya.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” – Zahil.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: