Ayam Sambal Hijau

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau (Sedap!)

Masakan berasaskan sambal hijau ini dikhabarkan berasal dari negeri Johor yang sememangnya terkenal dengan masakan pedas. Menu sambal hijau ini sangat sesuai dimasak dengan ayam, ikan bawal, ikan keli ataupun ikan bilis. Pendek kata, masak apa pun sedap kalau ada sambal hijau. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi Resepi Ayam Masak Sambal Hijau yang telah terbukti sedap. Kalau anda tak percaya boleh cuba resepi ini.

Sebenarnya penyediaan bahan untuk lauk ini sangat simple dan cara memasaknya pula tidaklah susah. Memang sesuai buat suri rumah yang inginkan lauk hidangan nasi yang mudah, sedap dan pedas! Tetapi jika anda berkeluarga, disarankan untuk menambah lauk lain kerana berkemungkinan terdapat ahli keluarga yang tidak boleh makan pedas terutamanya anak-anak kecil.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Sambal Hijau

Bahan A

  • 6 ketul ayam
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris kasar
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak masak Alif (#BMF)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Bahan B (Bahan Kisar)

  • 7 biji cili besar hijau
  • 7 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak Ayam Masak Sambal Hijau

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Kemudian goreng ayam hingga masak atau hampir masak. Kemudian angkat dan ketepikan ayam tersebut.
  3. Ambil kuali lain dan panaskan minyak.
  4. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga kekuningan, berbau wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis sehingga benar-benar masak untuk mengelakkan rasa maung cili dan sakit perut!
  5. Untuk yang suka berkuah, tambahkan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
  7. Kacau rata dan tunggu hingga kuah sedikit kering.
  8. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
  9. Andai masakan anda terlebih pedas, boleh tambah sedikit gula.
  10. Bila bawang telah layu, perahkan limau kasturi.
  11. Padamkan api.
  12. Angkat dan ianya siap untuk dihidang!

Bagi penggemar masakan pedas, makan masakan ayam masak sambal hijau dengan nasi putih kosong pun sedap. Baru terasa lada hijau dia!

Tumis Sambal Hijau

Ayam Sambal Hijau

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Mohon share resepi ye. Sekali dgn gambar utk rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: