Cinta Belum Tamat Tempoh adalah sebuah drama bersiri yang akan bersiaran di Slot MegaDrama (Astro Ria). Ia dibintangi oleh Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Khan Mancung dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Drama bersiri sebanyak 15 episod ini dijadualkan menemui penonton pada penghujung 2019 nanti.

Info Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

  • Episod: 16 episod
  • Mula Tayangan: Hujung tahun 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria (Slot MegaDrama)
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis
  • Pengarah: Khan Mancung
  • Produksi: MIG Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki

Watak Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

  • Nafiz Muaz sebagai Radin
  • Bella Astillah sebagai Qaisara
  • Fendy Bakry sebagai Megat Haikal
  • Hun Haqeem sebagai Qhalish
  • Dayang Areeda sebagai Arisa

Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras untuk meneruskan hidup bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin. Namun Qhalish terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

Qhalish seterusnya mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Carian Berkaitan: Artis cinta belum tamat tempoh