Langgan newsletter kami!
Drama Hot Chocolate & Tea Lady (TV2)

Drama Hot Chocolate & Tea Lady (TV2)

Hot Chocolate & Tea Lady adalah sebuah drama adaptasi novel karya Ramlah Rashid yang akan ditayangkan melalui Slot Selekta Prima TV2 RTM. Drama ini akan menggantikan drama Lara Syakila yang telah tamat episodnya. Waktu siaran bagi drama ini ilah pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.30 malam.

Drama ini diarahkan oleh Ahmad Tarmimi Siregar dan diterbitkan oleh Filmer Network Distribution Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria dan ramai lagi. jangan lupa saksikannya di kaca TV anda!

Info Drama Bersiri

  • Jumlah Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 29 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, 8.30 malam
  • Stesen TV: TV2 RTM (Selekta Prima)
  • Penulis Skrip: Ramlah Rashid & Zabidi Mohamed
  • Pengarah: Dato Ahmad Tamimi Siregar
  • Produksi: Filmer Network Distribution Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria

Sinopsis Hot Chocolate & Tea Lady

Mengisahkan tentang Adam Aiman dan Shaza Amira. Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakitinya lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati! Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: