Langgan newsletter kami!
Drama Lara Syakila

Drama Lara Syakila (TV2 RTM)

Drama Lara Syakila adalah sebuah drama terbaru yang akan ditayangkan di Slot Selekta Prima TV2 RTM bermula 9 Disember 2019. Ia akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam iaitu selepas slot berita.

Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman dan ramai lagi. Maklumat selanjutnya tentang drama ini adalah seperti di bawah.

Info Drama

  • Epidos: 30 episod
  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam
  • Stesen TV: Slot Selekta Prima (TV2 RTM)
  • Idea Asal: Shahrulezad Mohameddin
  • Penulis Skrip: Tommy Loh, Puovin
  • Pengarah: Nizam Zakaria
  • Terbitan: Radius One Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zarynn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf

Watak Pelakon

  • Nazim Othman sebagai Adam
  • Mona Allen sebagai Syakila
  • Ben Amir sebagai Fahim
  • Yuna Rahim sebagai Zara

Lagu Tema / OST Lara Syakila

  1. Judul Lagu: Aku Cinta Mati
    Penyanyi: Ady Priyo
  2. Judul Lagu: Bimbang
    Penyanyi: Marsha Milan

Sinopsis Lara Syakila

Drama ini mengisahkan tentang konflik kekeluargaan dan percintaan. Syakila ialah seorang gadis berketurunan bangsawan yang telah dinafikan haknya untuk bercinta dengan jejaka kampung bernama Adam. Percintaan terhalang ini telah membawa kepada peristiwa tragis sehingga Adam dipenjarakan dan Syakila dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluarga.

Saksikan drama lakonan Nazim Othman, Ben Amir dan Mona Allen dalam drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis di TV2.

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: