Langgan newsletter kami!
Drama I Love You Cikgu (TV1 RTM)

Drama I Love You Cikgu (TV1 RTM)

I Love You Cikgu adalah sebuah drama adaptasi novel yang akan ditayangkan pada permulaan 2020 di Slot Widuri, TV1 RTM. Drama hasil karya Imanisa Riana akan mula bersiaran sebanyak 13 episod bermula 3 Januari hingga 24 Januari 2020. Ia diarahkan oleh Fairuz Loy dan diterbitkan oleh ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd.

Drama ini diterajui oleh pelakon dan model cantik Hanna Aqeela dan Sean Lee sambil dibantu oleh pelakon lain seperti Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo, Lavin Seow dan Taufiq Izmir.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 3 Januari – 24 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Jumaat – Ahad, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM (Slot Widuri)
  • Penulis Skrip: Maizurah Ederis
  • Penulis Novel: Imanisa Riana
  • Pengarah: Fairuz Loy
  • Produksi: ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sean Lje, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir

Watak Pelakon

  • Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
  • Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
  • Aidil Aziz sebagai Farid
  • Nisha Dirr sebagai Lina
  • Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
  • Joyce Harn sebagai Lee Fong

Sinopsis I Love You Cikgu

Mengisahkan tentang Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah. Kehadiran Sara Raihana telah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelbagai usaha dilakukan Iman untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian? Sama-sama kita saksikan kisah ini dalam Slot Widuri TV1.

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: