Langgan newsletter kami!
Drama Pengantin 1 Malam (TV3)

Drama Pengantin 1 Malam (TV3)

Sebuah drama bersiri adaptasi novel berjudul ‘Pengantin Satu Malam‘ karya Sophilea dijangka menemui penonton pada Ogos nanti melalui Slot Akasia TV3. Drama ini akan dibintangi oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir dan dibantu oleh beberapa lagi pelakon hebat tanahair. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh A10 Alliance Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: Dijangka pada Ogos 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: Sophilea
  • Penulis Skrip: Wan Mahani Binti Wan Hassan
  • Pengarah: Eoon Shuhaini
  • Produksi: A10 Alliance Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu

Watak Pelakon

  • Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
  • Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
  • Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
  • Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
  • Mustapha Kamal sebagai Zakaria
  • Susan Manen sebagai Asiah
  • Edika Yusof sebagai Datuk Haris
  • Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
  • Norish Karman sebagai Tun Roziah
  • Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina

Sinopsis Pengantin Satu Malam (versi novel)

Zahred Hadri yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me.. Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
“Isteri hanya satu malam, Tuan. Saya tak akan minta hak saya selepas ini. Cukup hanya satu malam ini. Tuan boleh lupakan saya untuk seribu satu malam lagi.”

Satu malam yang merubah segalanya.. Antara nyawa si emak dan maruah diri..

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: