Langgan newsletter kami!
Perempuan Tanpa Dosa

Drama Perempuan Tanpa Dosa (Astro Ria)

Sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel berjudul Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad akan ditayangkan melalui Slot MegaDrama, Astro Ria pada Oktober nanti. Drama sebanyak 28 episod ini diarahkan oleh pengarah terkenal Michael Ang dan diterbitkan di bawah produksi Juita Viden Sdn Bhd. Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar antaranya pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 28 Episod
  • Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hingga 11 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
  • Penulis Novel: Fatinilam Sari Ahmad
  • Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar, Fazreen Farouuk
  • Pengarah: Michael Ang
  • Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae

Watak Pelakon

  • Kamal Adli sebagai Rizal
  • Uqasha Senrose sebagai Lily
  • Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
  • Yusuf Bahrin sebagai Rahman
  • Hilal Azman sebagai Datuk Majid
  • Shaza Bae sebagai Yaya
  • Zac Zaky sebagai Eddie

Sinopsis Perempuan Tanpa Dosa

Mengisahkan tentang Datuk Majid yang terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal demi menjaga maruahnya. Namun begitu Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya.

Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie pula datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah.

Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

 

View this post on Instagram

 

Repost from @bambam_studios • Okey Cik Bam belanja teaser sikit k . AKAN DATANG!!! . #PerempuanTanpaDosa #Megadrama

A post shared by Tasha Azman (@tasha.azman_) on

Catatan: Sesuaikah tajuk drama ini iaitu Perempuan “Tanpa Dosa”? Tanpa dosa membawa maksud maksum yang mana ia hanya untuk nabi dan rasul sahaja.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: