Langgan newsletter kami!
Drama Puteri Yang Ditukar (poster) Malaysia

Drama Puteri Yang Ditukar (Astro Prima)

Drama Puteri Yang Ditukar adalah adaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama ini dibintangi oleh Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof dan Siti Elizad telah menemui penonton pada 9 Julai 2019, melalui Slot Tiara di Astro Prima. Ia bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

Info Drama Puteri Yang Ditukar

  • Episod: 80 episod
  • Mula Tayangan: 9 Julai 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6.00 petang
  • Stesen TV: Astro Prima 105 & Astro Prima HD 121
  • Penulis Skrip: Amin Shakib, Anina Sabal, Azmy Ariff, Azri Hamzah, Eja Lorena, Shida Zali, Siti Solehah, Zarihah Hassan
  • Pengarah: Bahri Uma dan Zamri Zakaria
  • Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
  • Pelakon: Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad Sharifuddin, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida, Ejoi Azari, Aishah Atan, Doria Rachel, Emelda Rosemila, Hafreez Adam, Nor Albaniah, Kay Maria, Zaefrul Nordin, Zoey Rahman, Muhamad Afiq, Sherin Amiri, Ezzaty Abdullah, Adam Lee, Isyariana, Talha Harith, Tunku Affie

Senarai Pelakon & Watak Drama Puteri Yang Ditukar

  • Elisya Sandha sebagai Amira
  • Eyra Hazali sebagai Zahira
  • Edika Yusof sebagai Tuan Malik
  • Elizad Sharifuddin sebagai Aini
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Farina
  • Eizlan Yusof sebagai Ihsan
  • Maria Farida sebagai Latifah
  • Azrel Ismail sebagai Rizwan
  • Ako Mustapha sebagai Madun
  • Julia Farhana Marin sebagai Miesya
  • Zila Bakaria sebagai Maria
  • Ikmal Amry sebagai Arman
  • Ejoi Azari sebagai Karim
  • Aishah Atan sebagai Gayah
  • Doria Rachel sebagai Sara
  • Emelda Rosemila sebagai Anita
  • Hafreez Adam sebagai Taufik
  • Nor Albaniah sebagai Kamariah
  • Kay Maria sebagai Bedah
  • Zaefrul Nordin sebagai Rosli

Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar

Amira (Elisya Sandha) dan Zahira (Eyra Hazali) merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan (Eizlan Yusof) dan Farina (Fazlina Ahmad Daud). Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik (Edika Yusof) dan Aini (Elizad Sharifuddin), di samping ibu tirinya, Maria (Zila Bakarin) dan kakak tirinya, Miesya (Julia Farhana Marin). Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, di mana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan?

Lagu Tema / OST Drama Puteri Yang Ditukar

  • Lembah Kesepian – Haqiem Rusli

Drama Puteri Yang Ditukar (poster) MalaysiaPelakon Puteri Yang Ditukar

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Slow moving. Sampai 80 epiode?????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: