Langgan newsletter kami!
Runi Dan Solah

Drama Runi & Solah (TV3)

Sebuah drama bersiri mini sebanyak empat episod, ‘Runi dan Solah‘ akan disiarkan mulai 25 Mei 2020 ini jam 12.00 tengah hari di TV3. Drama untuk kanak-kanak ini diarahkan oleh Yusry KRU dan dilakonkan oleh pelakon cilik kegemaran ramai, Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda, Indah Emeerlda.

Info Drama Bersiri (Mini)

  • Episod: 4 episod
  • Tarikh Tayangan: 25 hingga 28 Mei 2020 (Raya Pertama hingga Keempat)
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 12:00 tengah hari
  • Stesen TV: TV3
  • Pengarah: Yusry Abdul Halim
  • Produksi: Enuja Production
  • Senarai Pelakon: Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda, Indah Emeerlda, Nynaa Harizal, Eizlan Yusof, Farahdhiya

Watak Pelakon

  • Zareef Yusof sebagai Runi
  • Nik Adam Mika sebagai Solah
  • Duerra Mitilda sebagai Suraya
  • Indah Emeerlda sebagai Nisa
  • Nynaa Harizal sebagai Kak Rose
  • Eizlan Yusof sebagai Cikgu Rahman

Sinopsis Runi & Solah

Mengisahkan tentang Runi yang dibesarkan di luar negara dan telah berpindah kembali ke Malaysia bersama keluarganya. Runi berasa asing dengan budaya Malaysia dan cuba untuk menyesuaikan diri. Runi merasa ketinggalan kerana dia tidak pernah mendapat pendidikan agama Islam yang baik sebelum ini. Oleh itu, ayahnya, Rahmat, memutuskan untuk mendaftarkannya mengikuti kelas fardhu ain. Kemudian, dia menjadi rapat dengan rakan baharu iaitu Solah, Suraya dan Nisa.

(ENGLISH) Runi & Solah tells a story about Runi, a kid who was born abroad and just moved back to Malaysia with his parents. He feels left out as he never received a proper Islamic education before, hence, his father, Rahmat, decides to register him to join a ‘fardhu ain’ class. Then, he becomes close with new friends, Solah, Suraya and Nisa.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: